KISAH SAYA DENGAN SHAKLEE

Assalamulaikum W.b.t

Salam Sejahtera.

Bagaimana saya bermula? Allah kalau nak cerita panjang cerita nya. Dari tahun 2013 register jadi ahli, sampai sekarang tahun 2019.

Masa nak register tu bukan tahu apa apa pun, pakai register je sebab member ajak. Member ni my upline la aka my bff masa kat uni.

Dia ni masa tu dah power dahhh. Orang lain sibuk cari kerja sebab baru grad, dia dah pegang bonus Shaklee 4 angka.  Hebat tu.

Then tak lama lepas tu, saya tanya dia supplement apa yang bagus untuk saya yang selalu kepenatan. Masa tu saya bujang lagi. Sibuk kerja dari pagi sampai malam, langgar Sabtu Ahad. Sampai rasa macam nak pengsan. Kerja kat consultant, boleh tahan besar jugak company tu. What do you aspect.

Kerja macam orang gila. haha. Tapi saya okay je sebab masa tu bujang kan, mana ada nak fikir anak ke suami ke. hehehe

Dah tu, makan la Vitalea tu, memang ada perubahan lebih energetic. Pastu duk nampak member tu duk iklan Vivix. Perghhh terliuqq! Beli Vivix pulak. Dah makan dua minggu, jumpa member lama dia duk tegur, "Malinnnn, kenapa berseri seri sangat niii?" Fuhh kembang setaman rasa.

Vivix workssss!!!

Badan segar, kulit cantik dan berseri! Selamat tinggal kulit kusam. hehe

Then, long story short, I resigned and sambung belajar ambik Master Degree kat Johor. Memang nekad, dengan kereta kena bayar bulan bulan dan few other komitmen. So saya decide untuk buat bisnes Shaklee. Alhamdulillah ini antara titik tolak saya dengan Shaklee.

Alhamdulillah dengan bonus Shaklee saya boleh tampung kehidupan saya di Universiti waktu tu. Pada masa tu jugak lah saya naik rank Supervisor.

Along the journey memang ada ups and downs. Tapi sehingga hari ini saya masih setia dengan Shaklee.

Shaklee beri saya kesihatan, beri anak anak saya kesihatan, beri saya peluang jana income, beri saya kawan kawan yang sentiasa mendukung, beri saya mentor hebat.


Even sekarang saya masih lagi setia bersama Shaklee. Sudah lebih 6 tahun dah dok makan Shaklee. Dengan Shaklee juga saya dapat turunkan berat badan melalui Program Jom Detox Jutawan. Badan lebih segar dan otak lebih pick up!

Shaklee ibarat rahmat bagi mereka yang memerlukan.

Jadi, jika anda masih tercari cari bisnes untuk diusahakan, jom kita usahakan Shaklee sama sama. Shaklee adalah syarikat yang kukuh dan mempunyai produk yang sangat berkualiti.

Jom join Malin dalam Jutawan. Kita guide sehabis baik. Kalau uol nak tahu, Shaklee bisnes boleh diwariskan kepada anak anak.

Contact Malin ok
0179088812

KELEBIHAN PROGRAM JOM DETOX JUTAWAN

Assalamualaikum semuaaaa!

Selamat Hari Malaysia.

Korang pernah dengar tak tentang program Detox?

Atau korang pernah join mana mana program seumpamanya?

Kalau ada boleh share dengan Malin dikomen yaaaa!

So hari ni Malin nak share apa itu program detox dan kelebihan program ini.

Sebelum tu jom kita berkenalan dengan DETOX.


APA ITU DETOX?

Detox adalah proses detoksifikasi yang meliputi proses mengeluarkan racun atau zat-zat yang bersifat racun daripada badan kita. Racun? Serius lah? 

Racun atau nama lainnya adalah toksin. 


Toksin adalah bahan buangan beracun yang terkumpul didalam badan kita dan ia perlu singkirkan. Samada kita sedar atau tidak, setiap hari kita terdedah kepada toksin  yang berpunca daripada makanan yang kita makan, udara sekeliling yang tercemar, bekalan air paip yang tidak bersih, dan gaya hidup yang tidak sihat seperti selalu terdedah asap rokok dan stress yang melampau. Tambahan sekarang ni musim jerebu uolssss. (please stay indoor guys)


Pendedahan kepada punca toksin yang kerap dan berterusan boleh melemahkan keupayaan semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin. Ini boleh menyebabkan berlakunya pengumpulan toksin berlebihan didalam badan yang boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit. 

Perasan tak, kita rasa kita sihat, tapi rasa macam cepat letih dan tak bermaya? Ada juga orang yang dah control makan dan bersenam, tetapi berat badan tetap susah nak turun. Ada orang kurus, tapi badan terasa berat dan lemau. Tak fit! Dengan gaya hidup kita sekarang yang terdedah dengan banyak toksin dan radikal bebas, badan kita sebenarnya semakin bekerja keras untuk kekal sihat dan cergas.


Sebab itu, amalan detox sangat penting untuk kesihatan yang optima. Kalau dapat buat 1-2 bulan sekali pun dah okay. Ibarat kita servis badan kita. Macam kereta jugalah, nak kene servis bila dah cukup haul. Kalau tak rasa lembap je bergerak walaupun dah tekan minyak sampai rapat ke lantai. hehe

1) Apa itu program Jom Detox Jutawan?

Program Jom Detox Jutawan adalah sebuah program nyah toksin secara berkumpulan. Maksud nya, kita lakukan bersama sama dengan peserta lain. Setiap kumpulan akan di pandu oleh jurulatih atau coach yang berpengalaman. Jutawan tu nama group under Master Nur Laila Mukhtar. hehe


2) Siapa perlu Detox?

Refer gambar dibawah:


Rasa rasa korang ada tak mengalami perkara-perkara dibawah? Kalau ada, anda wajib untuk menyertai Jom Detox Jutawan.



Anda bebas dari semua simptom ini ?
Simptom simptom diatas menunjukkan signal body anda perlu flush out toksin. Makin lama dibiarkan akan mengganggu kesihatan dan kehidupan. Simpan toksin lama lama, penyakit pun datang. Bila sakit, apa pun tak boleh buat, duit pun banyak habis kat ubat ubatan. Kehidupan pun tak bebas macam dulu dulu. 

3. Apa manfaat Detox?


Antara manfaat Detox adalah seperti berikut:

  1. Dapat membantu menurunkan berat badan
  2. Kolon/Usus lebih sihat (bayang kan dah berapa tahun hidup tapi belum pernah cuci kolon)
  3. Meningkatkan tenaga
  4. Mengawal nafsu makan (takde craving sana sini dah)
  5. Kulit lebih cantik berseri, selamat tinggal kulit kusam!
  6. Menguatkan sistem imun 
  7. Tidur lebih lena dan bangun pagi lebih mudah dan segar.

4. Apa organ detox yang terlibat?

Antara organ detoks yang bekerja keras di dalam badan kita setiap hari ialah:
  • Paru-paru
  • Sistem limpa
  • Hati
  • Sistem penghadaman (usus besar & usus kecil & kolon)
  • Buah pinggang
  • Pundi kencing
  • Kelenjar peluh
Dengan menyertai program Detox Shaklee, organ organ diatas akan lebih mudah untuk nyah toksin dengan lebih effective. Supplement Shaklee yang digunakan dalam program ini adalah selamat dan terbukti berkesan. Berapa ramai dah yang dapat manfaat dari program ini. Saya sendiri telah melaluinya. 

5. Kenapa kena pilih Jom Detox Jutawan?

Yes. Uol memang kena pilih Jom Detox Jutawan. Program ini berlangsung selama 17 hari. Get ready to transform your NEW you! 

Testimoni Sendiri
Saya dah merasainya! Dari badan berat tak larat nak bawak, dapat badan selim melim. Syok bila ramai duk tegur dah selim. hihi. Otak lebih segar. Kalau tak alahaiii lembappp! orang kata brain fog. Kulit lebih berseri dan yang paling penting fizikal lebih fit. Takdelah melepet je. 

Ok sepanjang 17 hari tu apa yang uol akan dapat?

1) Bimbingan Intensif daripada jurulatih atau coach yang berpengalaman.

Mereka ini semua dah hadir ke kursus untuk melayakkan mereka untuk jadi coach dan syarat untuk jadi coach adalah, mereka sendiri kena lalui proses detox itu sendiri. Kalau tak go through program tu sendiri, bagaimana nak guide orang kan? hehe


Barisan Jurulatih Terlatih!
2) Resipi detox dan menu meal plan disediakan! 

Meal plan diberi dan cadangan hidangan dan resipi juga disediakan. Makan pulak 5 kali sehari. Ni program kurus ke program apa ni? hihi


Nampak sedap kan?

Antara Menu Detox

Belajar senaman
3) Bimbingan dari segi senaman dan teknik mudah 
untuk mengeluarkan peluh.

Peserta akan diajar tentang teknik senaman mudah supaya boleh dilakukan dirumah dan dimana sahaja. Kita bukan guide makan je tapi kita juga guide untuk senaman. 





4) Perkongsian ilmu berkaitan kesihatan hampir setiap hari sepanjang program.

Yang ni part paling best. Setiap hari perserta akan disajikan dengan pelbagai ilmu tentang detox dan kesihatan dari coaches. Ilmu diberikan supaya peserta tahu yang proses detox ni bukan semata untuk kurus tetapi untuk kesihatan keseluruhan. Tips kekal sihat dan cantik pun ada tauuuu!


5) Yuran program paling murah!


Saya pun dah hadir kursus
Coach! hehe 
Mana nak dapat yuran coach RM20 je uolsss. Cuba pergi program slimming lain, beribu uols. Untuk program Jom Detox, uols hanya perlu spend untuk diri sendiri je iaitu prepare your own Detox Shaklee Supplement. Sebab dengan supplement ni lah proses detoksifikasi itu lebih effective! 

6) Diluluskan oleh Pakar Nutrisi dan Doktor

Semua meal plan, dose supplement semua nya telah diendorse dan di approve oleh Pakar Nutrisi dan para doktor. Jadi jangan risau, program ni selamat dan terbukti berkesan. Berapa ramai dah dapat manfaat dengan program detox ni. Kurus dapat. Sihat pun dapat. Bila body sihat, toksin berkurangan, sel sel dalam badan akan berada dalam keadaan yang optima. Jadi secara tak langsung, penyakit pun tak berani singgah. 

Antara testimoni hebat!


Lepas Detox terus nampak macam student Uni
Polis nak kene fit sokmo kan? Coach Najar dapat dari program ini!

Hebat bukan? Masih mencari cari lagi program pelangsingan yang selamat dan berkesan? Jom Detox Jutawan ada jawapannya! Penyertaan seterusnya dah dibuka SEKARANG! 


Bagaimana nak join? Boleh baca disini


New Batch is Opened NOW

Menikmati Protein Sedappp

Hubungi Malin segera!
0179088812

KELEBIHAN BISNES SHAKLEE (3C)

"Kenapa buat bisnes?"

Cliche kan soalan?

"nak tambah duit poket lahhhh!"

cliche jugak jawapan.......hehe

okay. Dalam banyak banyak bisnes, kenapa Shaklee? I have been consuming Shaklee for 6 yearsss and countinggg. Now anak anak pun sis bagi makan Shaklee.

_______________________________________________________________________________

Assalamulaikum wbt.

Alhamdulillah, harini inilah perkara perkara yang akan Malin share harini.

Why Shaklee?

1) Shaklee Effect and the product itself!

Saya dah merasakan kesan kesihatan yang lebih baik ini terbukti bahawa Shaklee mempunyai produk yang bagus dan berkualiti tinggi.

Shaklee is proven by Scienceini dijamin melalui slogannya: Selamat, Terbukti dan Berkesan.


Safety is the most important
  1. Shaklee melakukan ujian ke atas setiap ramuan baru daripada 350 bahan pencemar, pestisid dan kekotoran. Selain itu, Shaklee juga melakukan ujian daripada bahan pencemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, bukti radiasi dan bahan pencemar mikrob.
  2. Shaklee melakukan ujian ke atas bahan pestisid sebanyak 250 melebihi kehendak United States Pharmacopeia (USP).
  3. Shaklee menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan setiap produknya adalah selamat untuk anda dan keluarga anda.
  4. Semua produk Shaklee tidak mengandungi bahan perasa tiruan, pemanis atau pengawet tambahan.
  5. Semua produk Shaklee adalah Bebas Gluten, di mana ia sesuai untuk mereka yang mempunyai sensitiviti atau alahan terhadap gluten. Dengan produk bebas gluten, anda akan memperoleh kesihatan penghadaman lebih baik.
  6. Semua produk Shaklee adalah Non-GMO dan diiktiraf melalui Identity Preserved Program (IPP). IPP adalah kaedah paling berkesan untuk memastikan produk Shaklee adalah kekal Non-GMO daripada proses penanaman biji benih hingga proses pengeluaran.
  7. Semua produk Shaklee adalah berstatus biodegradable di mana ia memegang prinsip selamat, berkesan, semulajadi. Semua produk Get Clean Shaklee adalah biodegradable di mana ia tidak mengandungi fosfat, nitrik dan borat.
  8. Semua produk dan ramuan Shaklee tidak diuji ke atas haiwan.

Shaklee Difference

Selain itu,


Landmark Study
  1. Lebih daripada 125 jurnal saintifik diterbitkan. Semua produk Shaklee mempunyai sokongan daripada 125 jurnal saintifik yang menunjukkan ia mampu memberikan perbezaan kepada tahap kesihatan anda. Salah satu kajian ini adalah Landmark Study yang mana telah menunjukkan pengguna suplemen Shaklee mempamerkan kesihatan lebih baik berbanding 2 kumpulan ujian yang lain.
  2. Kajian Telomere menunjukkan pengguna yang mengambil Shaklee selama 5 tahun memiliki telomere yang lebih panjang berbanding pengguna tanpa suplemen (yang masih sihat).
  3. Shaklee memiliki 69 hak patent atau patent pending.
  4. Patented Delivery System (PDS) dilaksanakan untuk memastikan nutrisi daripada suplemen diserap sepenuhnya ke dalam badan. Ini memberikan nutrisi kepada badan pada masa dan organ yang tepat.

Best kan?

Dah tak payah nak fikir jadi founder produk! eheheh. jual aje lah Shaklee. Confirm selamat!


2. Sistem yang adil dan mudah!

Kenapa saya kata adil? yaaaaa. Shaklee adalah bisnes MLM. Which ramai orang kata buruk pasal MLM. The fact is, with Shaklee, kau buat, kau dapat. Takde istilah goyang kaki duit masuk okay! 

Dan untuk maintain dengan Shaklee tak susah pun! tak perlu ada stok bawah katil tak perlu modal besar. Cukup hati yang kental dan semangat untuk berjaya yang tinggi. Pernah juga ushar bisnes MLM yang lain, rasa susah nya nak maintain even untuk keahlian sahaja! Sampai beribu sebulan! Cukuplah Shaklee, tiap tiap bulan beli untuk makan sendiri dan jual pada orang sahaja, takde yang membazir jadi tukun!

Mudah tu macam mana pulak? Mudah tu apabila semuanya hanya dihujung jari. Nak beli barang? Nak register keahlian ahli baru? Nak renew memebership? Nak cari maklumat tentang produk? Nak cari jurnal article? Semuaaaa ada dalam website www.shaklee2u.com, Login masuk id and password then you are good to go! Even bonus pun boleh cek on the spot. Sambil sambil jaga anak pun boleh bisnes. 

3. Benefit yang Shaklee tawarkan.

Ada banyak sangattt benefit yang Shaklee tawarkan, Kalau company korang provide medical benefit, bonus (kalau ado), cuti keluar negara, claim mileage dan sebagainya, Shaklee pulak offer you 3C (Cash, Car Bonus, Convention) and of course lah based on performance masing masing! 

Cash yang you all boleh dapat adalah, untung runcit, bonus setiap bulan mengikut performance, bonus kepimpinan sehingga level yang paling tinggi in which dari sekecil kecil dua angka sehingga lah sebanyak banyak 6-7 angka sebulan. 

Car bonus tu macam mana pulak? Car bonus ini bagi mereka yang layak, akan dibayar dengan cash. Masuk akaun sama sama dengan bonus. Ikut kome la nak guna bayar kereta atau nak guna untuk kegunaan lain. Tiada sekatan apa apa. 
Shaklee Convention

Convention pulak, bagi mereka yang layak, you all boleh pilih sama ada nak pergi local trip atau international trip based on your collected points lah kan. Yang pasti trip Shaklee adalah 5-6 bintang punya trip. Bukan cikai cikai dan bajet bajet punya. hehe. Next year punya trip adalah ke Koreaaa dannn Swiss! Fuh best nyaaaa.

For your info, Shaklee adalah syarikat yang kukuh, belum pernah lagi mereka gagal membayar bonus pengedar walau dah 7 angka sebulan! Shaklee di tubuh kan pada tahun 1956! Lama sangat dah bertapak tu hehehe




4. Support group dan mentor hebat!

Nak berjaya mestilah kena ada mentor dan group yang hebat dan bagus. Kita takkan berjaya dan bergerak kehadapan kalau kita buat bisness sorang sorang. Yang pentiing belajar seikhlas hati dan apply segala ilmu yang diajar. Hormat upline as mentor dan kawan kawan sideline. Mereka semua support group anda!

5. Ilmu Nutrisi dari Shaklee

Ni paling best. Apa apa masalah kami boleh direct tanya Shaklee Nutritionist melalui upline leader kami. Even nutritionist sendiri akan call customer untuk consultation if ada apa apa masalah on the produk dan penggunaannya. Sangat helpful! Even kami distributor pun akan ada kelas secara online tentang ilmu ilmu nutrisi. Bukan lah jual semata menjual. Kena ada ilmu yaaaa!

Okay cukup lah dulu 5 sebab kenapa saya masih setia dengan Shaklee. Kena cuba produk dulu baru anda tahu apa yang kami rasa. Setia bertahun tahun sebab produk yang bagus. Dah makan produk bagus kena share dengan ramai orang supaya ramai orang dapat rasa sama macam yang kita rasa. Jangan selfish makan sorang sorang, sihat sorang sorang. Amanah untuk kita share kebaikan. Shaklee adalah satu rahmat bagi mereka yang memerlukan.

Salam Sayang,

Amalina Mohayidin
Your Bisness Leader 

G.O.A.L
Great Outstanding Awesome Leaders

PS: Contact saya untuk maklumat lanjut. 0179088812

CARA ATASI BENGKAK SUSU

Bengkak Susu.

Ibu ibu menyusu mesti pernah lalui pengalaman ini. Selalu nya ibu dalam pantang dan ibu yang menyusukan bayi berusia 6 bulan kebawah kerap mengalami situasi begini. 

Ada banyak sebab kenapa bengkak susu sering terjadi di kalangan ibu ibu. Bengkak susu yang kerap jika tidak diurus dengan baik akan menjurus kepada masalah lain seperti Mastitis dan abscess. 

Boleh baca disini tentang (punca punca bengkak susu)


Okay dah tahu kan punca punca terjadi nya bengkak susu dalam entri yang lepas?

So, harini Malin nak share, 5 cara bagaimana nak atasi atau merawat sekiranya anda sedang mengalami situasi ini. 

1st thing 1st. Jangan panik. Tenang tenang tarik nafas lepas, fikir benda boleh settle. Kena bertindak la yang pastinya. Tak boleh biar.

Kedua. Mommies boleh cek nipple kalau kalau ada blister. Selalu nya bila ada blister, tak semua saluran susu tersumbat. Jadi, bengkak susu berkemungkinan berlaku pada tempat atau kawasan tertentu sahaja. Untuk kes begini, boleh la mommies setel kan blister tu dulu. 

Boleh baca disini untuk cara urus blister. 

Ketiga. Tuam sejuk disekeliling breast. Guna ais yang telah dibalut dengan kain atau towel sampai breast rasa lega dan tak sakit. 

Perbezaan antara payudara yang bengkak dan yang normal
Ke empat. Boleh mula tuam panas/suam disekeliling breast. Boleh ambil minyak untuk urut breast sambil tuam kearah areola. At the same time, boleh juga rendam nipple dengan EPSOM Salt yang dibancuh dalam air suam. ini bagi membantu membuka ruang ruang dan liang liang salur susu yan tersumbat. 

Ke lima. Apabila areola dan breast dah mula lembut/soft. boleh la minta si kecil untuk menyusu atau mommies boleh marmet keluar susu. insyaAllah lega dah lepas tu.

Dalam masa yang sama juga, mommies boleh ambil Lecithin 1000iu sehari untuk membantu menguraikan lemak susu yang bergumpal. Kalau Malin, I took Shaklee Lecithin mega dose dalam 6-8 biji sekali telan. 

Mommies juga boleh amalkan Vitamin C dan Zinc untuk fast recovery. Supplemen ni sangat membantu mommies pulih dengan cepat. 

Please please please jangan biar bengkak susu melarat. berhari hari. takut mudarat. Kalau tak boleh buat sendiri, boleh call Lactation Counselor untuk buat breast massage. selalu kalau buat sendiri kita sering bertoleransi dengan rasa sakit. kan kan kan. hehe

Btw, supplement macam Lecithin, Vitamin C tu sangat bagus untuk diamalkan setiap hari, sebab ia membantu mommies untuk elak terjadinya bengkak susu. Orang kata mencegah lebih baik dari merawatkan. Tapi harus diingat, jadual pam tak boleh ngelat tauuuu!

Salam Sayang,

Amalina Mohayidin
Bengkak Susu Ngeri

PAYUDARA BENGKAK - BENGKAK SUSU

Belajarlah dari pengalaman.


Ada yang masih berpantang? Berpantang bulan puasa mencabar juga tau. Hihi mampu tengok je juadah berbuka. Pernah merasa masa melahirkan Saif 3 tahun lepas.

Ok. Ada yang alami breast engorged tak?

Breast engorge atau bengkak payudara boleh melarat ya jika tak dirawat.

Antara punca breast engorge ini adalah:

1) Lekapan dan posisi yang tidak tepat, jadi penyusuan menjadi tidak effective. Bila bayi hanya menghisap pada puting, susu tidak dapat dikeluarkan dengan baik. Ini yang terjadi kepada saya dan Saif. Saif kurang kenaikan berat badan dan saya mengalami bengkak susu yang teruk.

My soleh boy
2) Bila supply melebihi demand. Ini terjadi apabila ibu yang masih berpantang, menyusukan bayi secara terus dan pada masa yang sama, mengepam juga. Jadi menyebabkan, permintaan menjadi double. Satu nak supply kat baby, satu lagi nak supply kat peti. Ini juga berlaku kepada saya. Seawal seminggu bersalin saya dah mula mengepam. Disebab kan breast bengkak tu, saya pam sebab saya fikir dengan pam tulah boleh selesaikan masalah breast engorge saya. Tapi tak. Sebaliknya ia memburuk kan keadaan.

3) Saluran tersumbat (blocked ducts). Saluran tersumbat juga boleh menyumbang kepada breast engorge. Saluran tersumbat mungkin boleh terjadi disebabkan point no 1, atau disebabkan pakaian dalam yang terlalu ketat, atau ada nipple bleb di saluran susu di nipple.

Apa terjadi jika keadaan ini tidak diuruskan dengan baik?

1) Mastitis
2) Breast Abscess

Nanti ada masa saya share apa itu Mastitis dan breast abscess.

Okay. Semoga bermanfaat.

Belanja gambar my 1st born, who taught me a lot. Sebab dia lah Umi upgrade diri. Improve knowledge. Alhamdulillah.

Seronok nya diaaaa...
Salam Sayang,