Penjagaan Luka Episiotomi dan Koyakan Selepas Bersalin

Assalamualaikum Semua!

Harini nak share tentang Episiotomi.

Episiotomi? Apa tu?

Ibu ibu yang dah mempunyai pengalaman bersalin pasti tahu apa itu episiotomy.

Episiotomi ialah guntingan yang dilakukan oleh doktor atau bidan pada kulit dan otot antara vagina dan anus. 

Tujuannya adalah untuk melebarkan jalan atau laluan kelahiran bayi. Biasanya doktor akan memberikan bius lokal sebelum episiotomi.

Pengalaman Umi masa melahirkan Saif dulu, rasanya misi tak bius pun. Sebabbb, baby memang dah nak keluar sangat dah, dan sakit nak beranak tu lagi sakit dari kene gunting. Hihi.

Menurut Dr Ivan Lee Kick Kit dari KPJ Seremban Specialist Hospital, biasanya suntikan bius lokal akan diberikan sebelum episiotomi dilakukan, Namun dalam keadaan kecemasan episiotomi dilakukan tanpa bius.

Beberapa faktor akan dipertimbangkan sebelum memutuskan untuk melakukan episiotomi iaitu;

1) Episiotomi dilakukan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses kelahiran bayi untuk mengelakkan bayi lemas atau fetal distress.

2) Kes kelahiran yang memerlukan bantuan instrumen (bagi kelahiran normal) iaitu seperti ventouse, forceps, vaccuum dan etc.

3) Untuk mengelakkan ibu bersalin mengalami kekoyakan perineum yang teruk, terutamanya apabila saiz bayi yang besar.

Biasa nya episiotomy dilakukan untuk anak kelahiran anak pertama sebab ibu ibu tiada pengalaman lagi kan. So otot mungkin sedikit keras dan tidak anjal.

Anak kedua dan seterusnya, mungkin tidak perlu episiotomy. Pengalaman bersalin kan Khadijah, nurse tak gunting tapi ada sedikit koyakan 1st degree tear. Syukur. Sebab Khadijah besar tauu. 3.63kg. Hehe.

PENJAGAAN LUKA EPISIOTOMI/KOYAKAN SELEPAS BERSALIN

Ibu disarankan untuk mengamalkan beberapa langkah untuk menjaga luka dan menggalakkan penyembuhan segera.

1) Tukar tuala wanita setiap dua hingga empat jam atau apabila ia sudah basah sepenuhnya oleh darah nifas.

2) Cuci hingga bersih kawasan perineum setiap kali selepas membuang air kecil atau besar.

3) Sentiasa memastikan kawasan tersebut kering dan bersih.

4) Menyapu larutan antiseptik yang dibekalkan pada tempat jahitan dua hingga tiga kali sehari. Yang ini depends pada hospital jugak kot. Kalau macam Umi bersalin di Hospital Kajang, Doc & Nurse tak bagi letak apa apa di tempat jahitan tu.

5) Mengamalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat menggalakkan proses penyembuhan luka. Protein & vitamin C paling penting. Kalau macam Umi consume Set Pantang Shaklee. Memang amazing. Takyah takut nak berak, badan lebih segar dan luka episiotomi sembuh cepat. Dalam seminggu dah sembuh.

TIP ELAK SAKIT DAN KURANG SELESA

Ada kalanya, ibu merasa kurang selesa atau sakit sehingga mengganggu atau membatas pergerakan.

Antara tip yang boleh dilakukan untuk melegakan ialah:

1) Memakai pakaian longgar seperti kain batik atau skirt. Umi hari ketiga dan pakai seluar diknon. Tapi seluar yang loose la.

2) Meletakkan atau menuam pek ais pada tempat jahitan untuk meredakan bengkak dan kesakitan terutamanya semasa 24 jam pertama.

3) Ubat analgesia seperti Ponstan atau Ibuprofen boleh mengurangkan kesakitan.

4) Elakkan sembelit dengan mengambil makanan serat tinggi seperti sayur-sayuran dan minum air secukupnya.Boleh mengambil pelembut najis jika perlu. Bagi Umi pulak, pengalaman sendiri. Tak pernah ambil ubat lembut najis. Umi makan Ostematrix je. Alhamdulillah, pantang Day 2 dah boleh berak. Hehehe.

Kebanyakan ibu-ibu mendapati koyakan dan episiotomi akan pulih tanpa masalah. Kesan bengkak dan lebam biasanya pulih selepas beberapa hari dan jahitan selalunya akan pulih dalam tiga hingga empat minggu selepas kelahiran.

Dapatkan rawatan segera sekiranya luka berbau, menyakitkan dan tidak sembuh kerana ia kemungkinan berlakunya infeksi. 

Tanda-tanda lain yang tidak patut diambil mudah ialah seperti kegagalan untuk menahan kencing atau air besar dan tidak berupaya menahan kentut.

Ibu ibu juga boleh basuh bahagian sulit tu dengan rendaman air garam. Air garam yang suam. Rendaman air garam ni dikenali sebagai Sitz bath ialah rendaman bahagian genital di dalam larutan air suam yang dicampurkan dengan garam. Ia membantu proses penyembuhan luka dengan mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada tempat jahitan. Ia juga membantu membersihkan kawasan perineum dan menggalakkan proses penyembuhan.

Ada yang nak share pengalaman dengan episiotomy/koyakan masa bersalin? 

Jom kongsikan.

Boleh contact Malin untuk keterangan lanjut dan pertanyaan tentang produk disini.

Amalina Mohayidin (Follow FB saya)
www.wasap.my/+60179088812