Anda seorang PELAJAR?

Assalamualaikum semuaa ~~ 

Baru touch down semalam dari Sabah. Visit Parents in Law. Macam macam diorg bekalkan, kelupis, kek lapis asam manis, kelapa pandan, perisa choc cadbury, rendang ayam (laki ku masak), sambal udang, biskut raya...phewww...seronokkk...! hehe.

So harini,  sempena Promosi Bcomplex dibulan Julai ni, akak nak cerita yg golongan pelajar lah golongan yg perlu pastikan pengambilan BComplex yang cukup. Disini akak share kenapa pelajar memerlukan vitamin B Complex ni.

1. Pelajar perlu lebih tenaga
Bcomplex umumnya berfungsi untuk menukar makanan kepada tenaga. Jadi sekaligus dapat mengurangkan keletihan dan kelesuan.

Gambar akak masa Convo Degree dulu *Credit to Rahsia Studio
2. Pelajar perlu Otak yg segar dan sihat
Kalau badan penat, otomatik otak kita pun tak boleh nk berfikir kan. Tenaga sgt diperlukan kerana tenaga yg disalur bukan hanya kpd tubuh badan je tapi juga kpd otak. Jadi, B Complex sgt membantu anda utk sentiasa bertenaga.

3. Pelajar banyak alami tekanan (tekanan emosi)
Tekanan dr lecturer, tekanan dr kawan-kawan, tekanan dr family, tekanan dr kekasih. Oppsss...hehe
Kalau keadaan mental tak dapat mengawal semua tekanan ni, boleh jd gila tau.Jadi perlu sgt utk mengurangkan tekanan. 

4. Pelajar perempuan terpaksa ponteng kelas kerana senggugut
Dengan mengambil BComplex, kesakitan akibat senggugut ni dapat dikurangkan. Malah ada yg hilang terus sakit tu. (diambil dgn ostematrix, mmg ok after tu, akak dah selalu rasa)

Ps: semasa belajar (master degree) dulu akak mmg ambik BComplex ni. Sebab tu akak tau ia sangat bermanfaat untuk seorang pelajar.


Hubungi akak utk info lanjut. Seterus nya akak akan berkongsi kenapa B complex sgt diperlukan oleh ibu mengandung. Stay tune!


#‎PromosiJulai

Malyn
0179088812
Visit IG: amalinamohayidin
Shaklee Independent Distributor
'Help Your Self to Help Others'

*Till next post*
*Stay Tune*


HARGA RUNTUH : PROMOSI JULAI

Assalamualaikum Semua ~~

Jadi hari ni, saya nak share apa yg Shaklee tawarkan utk PROMOSI JULAI 2015 ni.

Harga Runtuh Bulan ini adalah:


|VIVIX Buy 6 FREE 1|




|B-COMPLEX Buy 3 FREE 1|



|Vitalea Chew For Kids Buy 3 FREE 1|



-----------------------------------------------------

Untuk yg sedang mencari cari supplement utk kesihatan yg menyeluruh, boleh cuba VIVIX. 

Bagi mereka yg selalu stress, cepat letih, dalam proses mendapatkan zuriat, yg sedang mencari solusi utk mendapat kulit cantik dan sihat, boleh dapat kan B-Complex Shaklee. Sy yakin Vitamin B Complex kami adalah di antara yg terbaik. Lengkap ke-lapan -lapan jenis vitamin B dan asid folik. 

Bagi ibu-ibu prihatin yg sedang mencari vitamin terbaik utk anak mereka, saya cadangkan utk anda mencuba Vitalea For Kids, selain rasa nya yg sangat sedap, ia juga sgt berkualiti dan memenuhi keperluan tubuh anak anda.

----------------------------------------------------

Jadi, tunggu apa lagi? Hubungi saya segera utk info lanjut dan tempahan. :)


#‎PromosiJulai

Malyn
0179088812
Visit IG: amalinamohayidin
Shaklee Independent Distributor
'Help Your Self to Help Others'

*Till next post*
*Stay Tune*



Masalah kesuburan tak kira jantina

Assalamualaikum Semua~


Harini terbaca artikel ni, ada one of my Facebook friends share. So, akak pun nk gak la tepek kt sini. Nanti boleh baca lagi. Artikel ni ditulis oleh,  Zaitie Satibi (zaisa@hmetro.com.my). Basically, artikel ni tentang kesuburan. Selalu nya, bila masalh kesuburan, perspektif masyarakat kita menghalakan hal tersebut kepada kita para wanita. Tetapi, sebenarnya, Maslah kesuburan ni, tak mengira jantina. lelaki juga boleh mengalami ketidaksuburan. So, jom baca lebih lanjut. Moga-moga dapat membantu anda yg sedang berusaha utk mendapatkan zuriat. :)



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pasangan suami isteri dikatakan mengalami masalah kesuburan apabila masih tidak memperoleh zuriat dalam tempoh 12 bulan melakukan hubungan kelamin tanpa perlindungan (selepas setahun berkahwin), manakala enam bulan bagi isteri berusia bawah 35 tahun.
Ketidaksuburan juga merujuk kepada wanita yang sering mengalami keguguran dan tidak dapat meneruskan kandungan hingga bayi dilahirkan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Persatuan Ubatan Reproduktif Amerika (ASRM) dan Kolej Perbidanan dan Ginekologi Amerika (ACOG) juga mengenal pasti ketidaksuburan sebagai satu penyakit akibat sistem pembiakan lelaki dan wanita yang tidak berfungsi dengan normal. Di­anggarkan ketidaksuburan ini berlaku kepada satu pasangan bagi setiap tujuh pasangan suami isteri.
Oleh itu, masalah terbabit adalah perkara biasa yang sering dihadapi pasangan berusia antara 20 hingga 45 tahun. Malah, peluang seseorang wanita cuba untuk mengandung tanpa rawatan sewajarnya adalah rendah.


Sebanyak 85 peratus pasangan dengan tahap kesuburan normal akan memperoleh zuriat dalam tempoh setahun mencuba (usia wanita bawah 40 tahun).
Jika mereka tidak memperoleh zuriat dalam tempoh berkenaan (tahun pertama perkahwinan), peluang mendapat anak semakin rendah setiap bulan dan semakin tipis seiring dengan peningkatan usia isteri.
Bagi mendapatkan zuriat, ovum atau telur perlu disenyawakan dengan sperma dan ovum itu dilepaskan dari ovari dalam tempoh kesuburan yang berlaku sekali dalam sebulan iaitu antara 12 hingga 16 hari dari hari terakhir datang haid jika kitaran haid wanita berkenaan normal antara 28 hingga 30 hari.
Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Pakar Kesuburan, Pusat Perubatan Sunway (SunMed), Dr P Kannappan berkata, masalah kesuburan sebenarnya berlaku tidak kira jantina kerana statistik menunjukkan faktor lelaki dan wanita menyumbang kepada masalah kesuburan adalah sama.
“Dalam kalangan pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, anggaran 40 hingga 50 peratus kes disebabkan suami, 40 peratus lagi disebabkan isteri, manakala 10 hingga 20 peratus lagi adalah kombinasi suami dan isteri.
“Bagi wanita, ketidaksuburan disebabkan sistem peranakan bermasalah seperti ovari tidak menghasilkan ovum ketika ovulasi disebabkan pelbagai punca.
“Antara puncanya, masalah ovari seperti menopaus awal, menghidap penyakit sindrom ovari Polisistik (PCOS), sakit kronik berpanjangan seperti diabetes, kanser atau kegagalan buah pinggang, kesan sampingan ubatan seperti kemoterapi atau pengambilan dadah dan masalah genetik.
“Malah, gangguan hormon menjejaskan ovulasi seperti terlalu banyak hormon prolactine yang dihasilkan kelenjar pituitari, terlalu banyak atau terlalu sedikit hormon thyroxine yang dihasilkan kelenjar tiroid, pertambahan atau kekura­ngan berat badan juga menjejaskan pengeluaran hormon,” katanya.
Menurutnya, masalah membabitkan tiub falopia, serviks dan rahim juga menyebabkan isteri sukar hamil antaranya menghidap endometriosis iaitu ketumbuhan selaput dinding rahim (endometrium) di luar rahim, jangkitan pada rahim dan tiub Fallopio.
Selain itu, katanya, penyakit radang pelvik (PID) disebabkan kuman klamidia, komplikasi pembedahan membabitkan tiub Fallopio, serviks dan rahim serta ketumbuhan fibroid dalam rahim juga menjadi punca sukar hamil.
Bagi lelaki pula, ketidaksuburan dikaitkan dengan penghasilan sperma tidak berkualiti dari segi kuantiti, pergerakan dan bentuk. Bagaimanapun, ada segelintir lelaki dilahirkan dengan buah zakar yang tidak dapat menghasilkan sperma sama sekali atau sperma dihasilkan sangat sedikit.
Namun, banyak faktor menjejaskan penghasilan sperma dan ketidaksuburan lelaki, termasuk kesan sampingan sesetengah ubatan, pengambilan dadah, gangguan hormon, ketumbuhan pada zakar dan komplikasi pembedahan di bahagian kemaluan.
“Penghasilan sperma juga boleh terjejas akibat jangkitan pada zakar oleh kuman daripada penyakit jangkitan seks. Malah, lelaki yang akil baligh dan terkena penyakit beguk juga berisiko mandul kerana kuman penyakit itu menyerang kilang sperma sehingga tiada langsung sperma dihasilkan.
“Selain itu, lelaki yang terdedah kepada bahan radioaktif atau kimia atau haba tinggi di tempat kerja, mengalami kecederaan di bahagian kemaluan akibat kemalangan atau bersukan juga berisiko me­ngalami ketidaksuburan.
“Bagaimanapun, ada juga lelaki subur tetapi tiada ereksi ketika melakukan hubungan kelamin disebabkan masalah saraf yang mungkin tercedera atau masalah psikologi, menyebabkan sperma tidak dapat dipancut keluar,” katanya.
Dr Kannapan berkata, amalan gaya hidup tidak sihat dan pe­ngambilan makanan tidak se­imbang serta berlebihan juga me­nyumbang kepada ketidaksuburan membabitkan lelaki dan wanita.
“Berat badan juga memainkan peranan dalam tahap kesuburan seseorang apabila berat yang berlebihan mengundang pelbagai penyakit yang menjejaskan penghasilan ovum dan sperma.
“Bagi lelaki obes, tahap kesuburannya merosot akibat hormon tidak seimbang, manakala wanita obes atau terlalu kurus pula berdepan masalah gangguan hormon sehingga jarang mengovulasi atau langsung tidak mengovulasi.
“Biasanya, selepas berkahwin, kira-kira 95 peratus isteri akan bertambah berat badan sebanyak lima hingga 20 kilogram (kg), manakala 70 peratus lelaki akan bertambah berat sebanyak lima kg.
“Selain itu, tekanan perasaan akibat bebanan kerja atau masalah lain serta merokok menyumbang kepada ketidaksuburan,” katanya.
Beliau berkata, pasangan baru berkahwin dan belum mendapat zuriat walaupun mencuba dalam tempoh enam bulan atau lebih, digalakkan menemui pakar kesuburan kerana pengesanan awal mampu merancang kaedah rawatan sebagaimana wajar diberikan.
Sementara itu, Pengurus Pusat Kesuburan SunMed, Yee Siew Yin berkata, pasangan yang mengalami ketidaksuburan kini berpeluang menimang cahaya mata dan seterusnya memulakan keluarga menerusi teknologi maju yang semakin berkembang dalam rawatan kesuburan.
Rawatan bermula dengan mencari punca masalah kesuburan membabitkan penilaian terhadap suami isteri sebelum memulakan kaedah rawatan yang bersesuaian dikenali Teknik Reproduksi Dibantu (ART). Suami terlebih dulu menjalani ujian air mani bagi me­nganalisis kualiti dan kuantiti spermanya.
“Sperma berkualiti diukur dari segi bilangan, pergerakan dan bentuk. WHO menurunkan tahap normal kesuburan lelaki apabila menanda aras kira-kira 32 peratus daripada 39 juta sperma bagi setiap satu mililiter (ml) bergerak aktif, dengan empat peratus daripadanya mempunyai rupa bentuk sempurna membabitkan bahagian kepala, leher dan ekor.
“Berbanding 15 tahun lalu, lelaki dikatakan subur apabila 50 peratus daripada 40 juta sperma bagi setiap satu ml bergerak aktif, dengan 15 peratus daripadanya sempurna sifat. Sperma tidak normal apabila didapati kepala terlalu besar atau kecil atau berkepala dua, manakala leher dan ekor pula terlalu panjang atau pendek.
“Pembedahan mengeluarkan sperma dijalankan jika wujud halangan yang mencegah sperma memancut secara normal disebabkan kecederaan atau jangkitan, kecacatan kongenital apabila suami dilahirkan tanpa vas deferens iaitu tiub yang menyalurkan sperma dari zakar, vasektomi dan zakar yang menghasilkan terlalu sedikit sperma sehingga tidak mampu mencapai tiub berkenaan.
“Kaedah rawatan kesuburan lain yang popular seperti persenyawaan invitro (IVF), permanian beradas (IUI) dan merancang kehamilan menerusi waktu subur seseorang,” katanya.
Menurutnya, rawatan kesuburan juga membabitkan suntikan sperma secara intra sitoplasmik (ICSI) iaitu sperma tunggal yang sihat disuntik ke dalam ovum meng­gunakan jarum halus disebabkan sperma berkenaan mengalami
kesukaran untuk menembusi ovum atau bilangan sperma yang sangat rendah.
“Menerusi penetasan dibantu laser (LAH) yang biasanya dikenakan kepada embrio yang mencapai tahap untuk membelah sebelum dipindahkan semula ke dalam rahim, bukaan kecil dibuat di lapisan luar embrio bagi membantu embrio dipecahkan keluar untuk meneruskan proses implantasi.
“Biopsi embrio dijalankan terhadap isteri berusia lebih 35 tahun kerana pada usia itu kehamilan mereka berisiko mengalami kromosom tidak normal dan penyakit genetik. Dalam proses ini, sampel sel diambil dari embrio untuk saringan genetik.
“Selain itu, pemindahan pengkulturan blastocyst iaitu embrio yang berbelah dalam tempoh lima hingga enam hari selepas disenyawakan juga dijalankan di pusat ini dan menerusi kaedah ini doktor dapat memilih embrio berkualiti yang dapat membuatkan wanita hamil kerana tidak semua embrio mampu mencapai tahap blastocyst dalam rahim atau di makmal,” katanya.
Pusat Kesuburan SunMed juga menyediakan bank sperma dan ovum yang melakukan penyimpanan secara pembekuan bagi membolehkan benih manusia itu digunakan pada masa depan untuk tujuan persenyawaan yang tidak dapat dilakukan ketika ini atas sebab tertentu.
Penyimpanan sel ovum belum matang dibekukan juga dilakukan bagi isteri yang didiagnosis de­ngan kanser tetapi belum menjalani rawatan kemoterapi atau radioterapi, isteri yang mempunyai sejarah keluarga menopaus awal dan isteri yang belum mahu hamil kerana komitmen kerja.


Artikel ini disiarkan pada : 
Ahad, 22 Februari 2015 @ 5:05 AM @ Hmetro.com.my
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dah selesai baca? So, banyak faktor yg menyumbang kepada ketidaksuburan lelaki dan wanita ni seperti yg ditulis di atas. Saya jadi tergerak hati nak share tentang kesuburan ni kerana Shaklee untuk Promosi Bulan Julai ni adalah Bcomplex (Jimat sangat banyak ok utk 120 biji sebotol). Utk pengetahuan anda, Bcomplex Shaklee lengkap dgn kesemua jenis vitamin B & Acid Folic. Pengambilan Vitamin  B-Complex terutamanya asid folik, Vitamin B6 dan B12 amatlah digalakkan sebelum berusaha mendapatkan anak. Biasanya pengambilan asid folik bersama-sama dengan vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yg boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecatan janin dan kecacatan tiub neural. 



Sebenar nya ada few lagi vitamins yg kita boleh cuba amalkan utk meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita ni. Rata-rata feedback yg kita terima sgt lah memberangsangkan. Utk further info berkaitan, anda boleh hubungi saya disini 0179088812. :)


#‎TipsSubur

Malyn
0179088812
Shaklee Independent Distributor
'Help Your Self to Help Others'

*Till next post*
*Stay Tune*



TIPS WAJAH CANTIK



TIPS KECANTIKAN WAJAH DIMALAM HARI


Assalamualaikum~~

Apa khabar semua, hopefully semua sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dgn jayanya. So, harini Malyn nak share Tips kecantikan wajah di malam hari. Haa..korg mesti nk sentiasa kelihatan sihat dan cantik bukan? Sebagai wanita, kita sangat mementingkan kecantikan wajah. hehe! 

Malam hari adalah saat yang paling penting untuk merawat kecantikan wajah. Meskipun di malam hari kulit tidak terancam efek merosak dari sinar ultra violet, tetapi semasa anda tidur, kulit akan beregenerasi. Sel-sel kulit yang mati dan rosak akan digantikan dengan yang baru. Supaya prosesnya boleh berjalan sempurna. Jom semak tips berikut.

1.Bersihkan makeup dengan sempurna
Agar pori-pori terbuka dan kulit boleh beristirahat dari bahan kimia dalam kosmetik, sebelum tidur, bersihkan seluruh makeup di wajah dahulu. Gunakan kapas dan cleanser agar semua sisa makeup dpt dibersihkan dgn sempurna. Setelah itu, bilas wajah atau gunakan toner. Walaupun tidak mengenakan makeup, pastikan anda tetap membersihkan wajah, kerana aktiviti yang anda lakukan sejak pagi menyebabkan kuman dan kotoran menempel di permukaan kulit. Jika tidak dibersihkan, dikhuatiri timbul jerawat. 

2.Pakai pelembap
Saat tidur pun kulit tetap perlu pelembap. Ketika anda tidur, pori-pori kulit terbuka sehingga lebih mudah menyerap nutrisi daripada saat pagi dan siang hari. Anda boleh menggunakan krim malam yang sesuai untuk jenis kulit anda. Pilih yang formulanya ringan dan lakukan sapuan lembut semasa aplikasi supaya peredaran darah berjalan lancar.




3.Sediakan waktu untuk peresapan
Salah besar jika anda terus tidur setelah menyapu krim malam. Luangkan waktu setidaknya 20 minit agar nutrisi dalam krim sempat diserap kulit wajah. Jika tidak, ia akan melekat di sarung bantal!

4.Minum air putih
Tidak hanya dari luar, kelembapan kulit juga perlu dijaga dari dalam. Untuk itu minumlah segelas air putih sebelum tidur. Air putih dapat membantu menetralkan garam dan bahan-bahan tak sihat dalam makanan yang anda makan, sehingga kulit menjadi kusam. Tak ada salahnya kalau anda juga menambahkan mengambil vitamin E.

5.Ganti sarung bantal
Anda harus rajin mengganti sarung bantal, setidaknya seminggu sekali. Kenapa? Kerana bantal yang anda guna setiap hari adalah tempat ideal untuk berkembangbiaknya kuman. Sisa makeup di wajah serta minyak dan kotoran di rambut selama berhari-hari menempel di sana. Jika wajah anda yang sudah bersih menempel di sana, kuman dan bakteria tersebut akan berpindah ke kulit wajah.

6.Tidur berkualiti
Tidur cukup dan nyenyak adalah rahasia utama agar kulit tetap dalam kondisi prima. Pastikan waktu tidur anda cukup. Biasakan tidur tanpa membiarkan lampu menyala, kerana ia boleh merangsang hormon yang meregenerasi sel tubuh anda.

Nah, itulah 6 perkara yang harus anda lakukan di malam hari sebelum tidur agar kulit tetap menawan keesokan harinya. Selamat mencubaaaaaa…! :)

 SUMBER : Merdeka.com 



*Kalau nak tahu produk apa yg akak pakai boleh klik sini or terus je whatsapp akak k. Memang super duper BEST. 


#‎TipsSihatCantik

Malyn
0179088812
Shaklee Independent Distributor
'Help Your Self to Help Others'

*Till next post*
*Stay Tune*