Protein untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum semua,

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Tiada kompromi. Nothing can replace breastmilk. Jadi mommies memerlukan diet yang sihat dengan amount kalori yang cukup untuk menghasilkan susu yang berkualiti. Nutrien yang cukup membantu memberi tenaga kepada mommies.
Salah satu nutiren tersebut adalah, protein. Ia sangat penting untuk mommies yang menyusu.

Apa itu Protein?

Protein adalah nutrien yang membantu membina tisu dan perkembangan tubuh badan. Asid amino dalam protein membantu dalam pembentukan kuku, kulit dan organ lain. Kedua dua mommies dan babies memerlukan protein yang cukup untuk memastikan badan boleh dibina, dibaiki dan membantu mengekalkan otot , tisu dan organ. Makanan seperti ayam, daging, telur, susu, kekacang, kaya dengan sumber protein.

Protein dan menyusu

Mengambil protein yang cukup semasa mengandung membekalkan mommies nutrisi yang cukup untuk mengekalkan tisu dan memastikan susu mommies membekalkan protein untuk pertumbuhan tisu, organ, otot dan otak bayi.

Protein Membantu Mommies untuk turunkan berat badan. 

Jika berat badan anda bertambah secara berlarutan, diet yang kaya dengan protein dapat membantu anda menurunkan berat badan sambil tetap membekalkan anda dengan nutrisi yang optimum. Perunding laktasi yang disahkan oleh lembaga antarabangsa, Kelly Bonyata (IBCLC), mengesyorkan penurunan pengambilan lemak dan meningkatkan pengambilan protein semasa menyusu boleh membantu mengekang selera makan anda dan membantu anda menurunkan berat badan.

Protein yang diperlukan untuk ibu yang menyusu. 

Perempuan yang menyusukan bayi memerlukan hampir dua kali ganda protein berbanding wanita yang tidak hamil, atau yang tidak menyusu. Oleh kerana protein adalah satu komponen penting dalam susu ibu, memakan banyak protein boleh membantu memaksimumkan bekalan susu anda, yang akan membantu mengoptimumkan pertumbuhan dan perkembangan bayi anda. Memilih protein yang sihat dan selamat pada setiap waktu makan atau makanan ringan boleh membantu anda memenuhi keperluan protein anda semasa penyusuan.

Keperluan protein

Keperluan protein harian yang disarankan atau RDA untuk wanita hamil dan menyusukan anak adalah 71 gram sehari, manakala RDA untuk tidak hamil, wanita tidak menyusu adalah 46 gram protein setiap hari.

Memenuhi keperluan protein minimum sekurang kurang nya dapat memenuhi keperluan bayi mommies.Satu kajian yang diterbitkan dalam edisi 2009 “Penyusuan dan Sains Kesihatan” melaporkan bahawa kepekatan protein dalam susu ibu ditentukan oleh jumlah pengambilan  kalori dan lemak seorang ibu.

Makanan tinggi Protein

Memakan pelbagai jenis makanan tinggi protein boleh membantu wanita menyusu untuk memenuhi keperluan protein mereka. Daging tanpa lemak, ayam, ikan, makanan laut, telur, produk soya, produk tenusu, kacang dan benih adalah sumber yang kaya dengan protein. Sebagai contoh, satu 3-auns bahagian daging lembu tanpa lemak, ayam atau ikan menyediakan 20 hingga 30 gram protein; 1 cawan keju mengandungi kira-kira 28 gram; satu telur mengandungi kira-kira 6 gram dan 1 cawan susu rendah lemak menyediakan kira-kira 8 gram protein.

Diet protein begini selain membantu mencukupkan keperluan harian ibu menyusu, ia juga turut membantu mengelakkan ibu menyusu daripada 

+suka mengunyah
+cepat lapar
+tidak bertenaga

Sebab, protein membantu anda untuk kenyang lebih lama. Namun pastikan anda pilih protein rendah Indeks Glisemik (GI).

Protein soya, Protein tumbuhan terbaik!

Protein soya adalah sejenis protein tumbuhan yang orang amalkan sebagai alternatif kepada protein haiwan. Protein soya datang dalam bentuk kacang soya, produk soya seperti tauhu dan protein soya serbuk yang boleh ditambah kepada makanan atau minuman. 

Protein soya adalah sumber protein tumbuhan yang mempunyai kesemua lapan asid amino penting. Asid amino adalah blok bangunan protein, protein ini tidak dihasilkan secara semula jadi dalam badan kita. Di samping itu, sumber protein soya juga kaya dengan nutrien lain yang bermanfaat bagi ibu-ibu yang menyusu, seperti kalsium, zat besi dan serat.

Protein soya antara protein tinggi yang digalakkan pengambilannya untuk ibu menyusu.

Protein soya ESP

Saya mengamalkan protein soya Shaklee dari bujang sehingga lah menyusukan anak kedua. Tak tau dah berapa tong habis. Hihi.

So, bagaimana Protein soya ESP boleh membantu ibu-ibu menyusu?

Ia membantu ibu ibu untuk:

+meningkatkan tenaga
+membantu mempercepatkan penyembuhan (bagi yang dalam pantang)
+memekatkan susu (yummy!)
+memperbanyakkan susu (protein cukup haruslah susu pun meriah)
+membantu pertumbuhan bayi
+kulit bayi lebih sihat dan gebu
+ibu dapat menguruskan badan
+dan banyak lagi manfaat kepada ibu (kulit, kuku, rambut cantik dan kuat)

Sebelum mendapatkan protein soya untuk diri anda, pastikan anda tahu protein soya yang bagaimana untuk dipilih.

So, disini saya sertakan 5 TIPS untuk memilih soya yang terbaik. 



Semua ibu perlukan ESP. Ayuh cubalah rasai sendiri kehebatan, keberkesanan dan keistimewaannya.

Hasil Sesi Pertama. Breakfast ESP + Roti canai Teruna


Salam Sayang,
Amalina Mohayidin
0179088812 untuk dapatkan ESP berserta konsultansi.