RESIPI MEATBALL ALA ALA IKEA ;)

Projek Cuti Semester! 

Assalamualaikum wbt..

Edisi melayan perut dan tekak! Haha. 
Yes, saya suka makan.
Saya takde la suka sangat masak, tapi disebabkan suka MAKAN,
maka saya terpaksa MEMASAK. hehe

Meatball nya ku beli je yg dah siap. then goreng sajaaaa! 
Hidup sebagai student dan businesswoman perlu cepat dan tangkas! 
So, beli je. hehe. (padahal malas nak gentel sendiri) 
kahkahkah

Ok, untuk Gravynya :

1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar- di potong dadu
1 1/2 cawan air sejuk
100ml susu segar/susu cair 
3 sudu sos tomato 
3 sudu sos tiram 
2 sudu kicap manis 
2 sudu lada hitam (tumbuk)
1 cube ayam/ daging - saya guna kiub daging lembu, lebih umpphhh!
sesudu gula  - saya tak letak, sbb dah kene dgn tekak


Cara-caranya: 

1. Cairkan butter dan masukkan tepung gandum, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan-bahan lain yg belum masuk lagi tu, kacau sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomato itu tadi hancur .

*untuk fries, beli dan goreng saja k? ehehe*

Thennnn, taaarraaaaaaaa! siap lah meatball ala ikea anda!

Meatball Ala IKEA! ;)

Selamat Mencuba! 

Nanti lepas ni nak share resipi buat Chicken Chop and Mashed Potato pulak!

Salam Sayang!
malin