CARA ATASI BENGKAK SUSU

Bengkak Susu.

Ibu ibu menyusu mesti pernah lalui pengalaman ini. Selalu nya ibu dalam pantang dan ibu yang menyusukan bayi berusia 6 bulan kebawah kerap mengalami situasi begini. 

Ada banyak sebab kenapa bengkak susu sering terjadi di kalangan ibu ibu. Bengkak susu yang kerap jika tidak diurus dengan baik akan menjurus kepada masalah lain seperti Mastitis dan abscess. 

Boleh baca disini tentang (punca punca bengkak susu)


Okay dah tahu kan punca punca terjadi nya bengkak susu dalam entri yang lepas?

So, harini Malin nak share, 5 cara bagaimana nak atasi atau merawat sekiranya anda sedang mengalami situasi ini. 

1st thing 1st. Jangan panik. Tenang tenang tarik nafas lepas, fikir benda boleh settle. Kena bertindak la yang pastinya. Tak boleh biar.

Kedua. Mommies boleh cek nipple kalau kalau ada blister. Selalu nya bila ada blister, tak semua saluran susu tersumbat. Jadi, bengkak susu berkemungkinan berlaku pada tempat atau kawasan tertentu sahaja. Untuk kes begini, boleh la mommies setel kan blister tu dulu. 

Boleh baca disini untuk cara urus blister. 

Ketiga. Tuam sejuk disekeliling breast. Guna ais yang telah dibalut dengan kain atau towel sampai breast rasa lega dan tak sakit. 

Perbezaan antara payudara yang bengkak dan yang normal
Ke empat. Boleh mula tuam panas/suam disekeliling breast. Boleh ambil minyak untuk urut breast sambil tuam kearah areola. At the same time, boleh juga rendam nipple dengan EPSOM Salt yang dibancuh dalam air suam. ini bagi membantu membuka ruang ruang dan liang liang salur susu yan tersumbat. 

Ke lima. Apabila areola dan breast dah mula lembut/soft. boleh la minta si kecil untuk menyusu atau mommies boleh marmet keluar susu. insyaAllah lega dah lepas tu.

Dalam masa yang sama juga, mommies boleh ambil Lecithin 1000iu sehari untuk membantu menguraikan lemak susu yang bergumpal. Kalau Malin, I took Shaklee Lecithin mega dose dalam 6-8 biji sekali telan. 

Mommies juga boleh amalkan Vitamin C dan Zinc untuk fast recovery. Supplemen ni sangat membantu mommies pulih dengan cepat. 

Please please please jangan biar bengkak susu melarat. berhari hari. takut mudarat. Kalau tak boleh buat sendiri, boleh call Lactation Counselor untuk buat breast massage. selalu kalau buat sendiri kita sering bertoleransi dengan rasa sakit. kan kan kan. hehe

Btw, supplement macam Lecithin, Vitamin C tu sangat bagus untuk diamalkan setiap hari, sebab ia membantu mommies untuk elak terjadinya bengkak susu. Orang kata mencegah lebih baik dari merawatkan. Tapi harus diingat, jadual pam tak boleh ngelat tauuuu!

Salam Sayang,

Amalina Mohayidin
Bengkak Susu Ngeri