Give Up Breastfeeding!

Give up?

Siapa kat sini tak pernah terlintas langsung dalam kepala dia nak give up menyusu anak? Ada tak?

Saya percaya setiap dari kita kat sini pasti pernah terlintas walau sekali untuk give up. Kan?

Kenapa nak susah susah kan badan kalau kita ada pilihan lain seperti formula?

There must be reasons, after so many downs and considering to just give up, but still mommies keep on going, keep on continuing the journey.

Saya sendiri pun pernah berkali kali untuk give up masa menyusukan Saif dulu. Seawal seminggu – dua minggu saya dah mula rasa nak give up!

Sebab? 

Saya penat.
Saya tak cukup rehat.
Saya sakit! (Nipple cracked, breast engorgement)

Bila penat, demam, sakit. Emosi jadi tak stabil. Saya jadi marah kat baby padahal dia taktau apa apa pun.

Kadang kadang, tengok laki sedap tidur pun saya rasa nak marah.
‘Aku ni penat penat susukan anak, dia sedap sedap tidur’ – Dalam hati.

Bukan sebab suami saya tak bantu saya, tapi saya stress. Kalau ada anugerah suami paling rajin, dia lah paling rajin. Dia masak, basuh baju, mandikan Saif. That time saya perasan saya sedang baby blues. Alhamdulillah cepat sedar. hehe

Tu kisah pertama.

Ada banyak lagi kisah nak give up saya ni. Ada ketika rasa penat sangat. Rasa nak give up tang tu jugak!

Selalu duk terbayang, best nya lah kalau tak mengepam ni. Boleh pergi kesana kesini tak payah nak usung beg banyak banyak. Kalau pergi shopping, tak payah nak berhenti jap masuk nursing room and pam. Kalau tengok pergi tengok wayang, tak perlu mengepam sambal tengok wayang.
Tapi bila fikir fikir balik, bila tengok balik gambar anak, sanggup ke?

Saya jadi tak sanggup. Tak sanggup pun nak just give up. Penat macam mana pun, letih macam mana pun, tetap kene teruskan apa yang dah saya mulakan.

Jadi apa nak buat bila tiba tiba rasa nak give up?

Kat sini saya share apa yang saya akan buat kalau saya tiba-tiba rasa macam nak give up.

1) Saya akan try to do things that can make me happy. Makan apa yang saya rasa nak makan. Cuci mata window shopping ke.

2) Saya akan cerita kat husband saya. Cerita je, sometimes, kita bukan nak dia bagi solusi atau nak dia pulak yang mengepam kan. Cuma nak cerita supaya ringan sikit kepala kan. Perempuan ni kan suka bercerita.

3) Saya akan tengok gambar anak atau video video dia.

My Baby Boy and Baby Girl

4) I will do readings anything yang boleh naik kan semangat.

5) Balik rumah, sambal menyusu anak tu, tengok mata dia, jari dia everything yang boleh nampak masa menyusu tu.

6) Do not skip vitamins. Vitamins ni sangat membantu dalam memberi tenaga, boost emosi gembira, put your stress away. Actually, shopping vitamins pun saya dah seronok sangat sangat. Logiknya, bila badan cukup nutrient, dia akan susah untuk stress melampau. Kalau ada pun, it is manageable. Bila mudah urus, emosi akan stabil. Bila emosi stabil, takde lah kita nak down tak tentu hala kan. Ramai kawan kawan saya yang dah boleh control emosi bila badan dia cukup vitamins.

7) Banyak kan bersujud. Kalau boleh hari hari Tahajjud. Mengadu dengan Allah. InsyaAllah, tenang akan hadir. Bila kita niat pagi pagi nak bangun dating dengan Allah, automatic badan akan sedar. Tak perlu alarm pun. InsyaAllah, bila dalaman kuat, luaran pasti akan lebih kuat.
Ni lah sedikit sebanyak apa yang saya boleh share kepada ibu ibu.

Hopefully ada manfaat untuk ibu ibu yang tengah down, demoralized and sedang bersedih. Kalau rasa perlu bahu untuk bersandar. Boleh PM Malin ok!

PS: Cuba tengok gambar Saif dengan adik dia, tak sanggup kan nak stop? Alhamdulillah, sepanjang menyusukan Khadijah belum ada lagi rasa nak give up, means I enjoy my journey so much. Syukur!

Salam Sayang,

Amalina Mohayidin
Hanya Ibu Biasa.

Bayi Kuning, Susu Ibu, Param dan PIlis


CERITERA BREASTFEEDING

2 hari lepas, Umi berkesempatan berurut dengan tukang urut ibu ibu baru lepas bersalin. Acik ni kawan mama masa sekolah dulu. Dah sakit sakit badan tu, terus minta mama book kan acik ni untuk urut. So acik setuju untuk datang pagi tu. Dah macam tu petang la baru pergi klinik. Taktau pulak I was suspecting with Dengue. Hahaha. Takpe la put aside cerita tu.

Yang Umi nak cerita adalah tentang hasil berbual Umi dengan acik tu. Sambal sambal tu borak la pengalaman dia mengurut. She like impressed with me sebab boleh supply Khadijah dengan susu ibu, boleh supply susu dekat anak anak susuan.
So sambil sambil tu dia belajar la sikit2 dengan Umi how breastfeeding works kan.

Cerita 1

Mommy anak pertama, berpantang dan dijaga oleh ibu dan nenek nya. Anak jaundice. Nenek tak bagi bagi baby susu ibu sebab mommy kene pakai param, pilis and all the jamu.  So, sebab anak jaundice, mommy tak bagi susu dia kat baby, dia perah, dia buang. Baby dia bagi minum susu kambing.

Allahu. Umi dalam hati, kesian nyaaaa. Acik tu try jugak lah cakap, bagilah susu ibu, sayang susu kolustrum tu, tak payah pakai lagi pilis param tu, nanti jaundice dah baik baru pakai balik. Nenek si mommy tadi tu dah pandang semacam je kat acik ni.

Indeed, knowledge is powerful.

Cerita 2

Mommy anak pertama juga, tetapi menyusu sebelah breast sahaja. Dia merasa kan puting yang sebelah lagi tu tiada, hence baby tak boleh menyusu. Umi bagitahu acik, boleh je menyusu, sebab baby melekap pada areola bukan pada putting. Mommy might need to assist baby to latch. Kene try few positions, most probably, football hold may help baby to latch correctly. Mommy kene dapatkan bantuan.

Again, knowledge is powerful.

Cerita 3

Yang ni bukan dapat masa mengurut, ni dapat masa check up Khadijah kat klinik desa. Terdengar perbualan nurse dan emak kepada seorang kanak kanak perempuan berumur 1 tahun 9 bulan. Puan tersebut mencerita kan tentang semua perkembangan anak nya. Sampai satu statement, “Dia dah tak mau minum susu botol (umi assume formula), tapi kalau saya bagi dia air oren ke ribena ke dalam botol tu, habis dia minum!” 

Terdengar nurse balas, “air tu manis, memang la dia suka.” Emak nya masih macam ok je bagi anak minum air macam tu. Mungkin dia fikir air tu banyak khasiat. Well iklan kan TV kan air ribena pun ada macam macam vitamin. (omg, I cannot brain) padahal gula lagi banyakkk!

Kesian orang Malaysia ni banyak sangat dimomok kan dengan makanan ‘berkhasiat’ kat TV sebab tu Malaysai antara negara tertinggi di Asia yang ramai penduduk nya OBESITI. Obesiti leads to other penyakit tau.

Umi tengok semua orang rasa nak semua orang Detox dan remove sugar dalam kehidupan.

Again, knowledge is very very powerful.

Dapat sesuatu tak dari cerita diatas? Umi percaya uols dapat sesuatu dari ketiga tiga cerita di atas. Semoga dapat jadi pengajaran kepada semua especially ibu dan ayah.

Apa apa pun please rujuk pada yang pakar dalam bidangnya. Then do not expect that they know everything. 

Kalau korang dapat pengajaran dari cerita diatas, boleh SHARE di komen ok!

Salam Sayang,

Amalina Mohayidin
Kaunselor Laktasi Bertauliah.