Protein untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum semua,

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Tiada kompromi. Nothing can replace breastmilk. Jadi mommies memerlukan diet yang sihat dengan amount kalori yang cukup untuk menghasilkan susu yang berkualiti. Nutrien yang cukup membantu memberi tenaga kepada mommies.
Salah satu nutiren tersebut adalah, protein. Ia sangat penting untuk mommies yang menyusu.

Apa itu Protein?

Protein adalah nutrien yang membantu membina tisu dan perkembangan tubuh badan. Asid amino dalam protein membantu dalam pembentukan kuku, kulit dan organ lain. Kedua dua mommies dan babies memerlukan protein yang cukup untuk memastikan badan boleh dibina, dibaiki dan membantu mengekalkan otot , tisu dan organ. Makanan seperti ayam, daging, telur, susu, kekacang, kaya dengan sumber protein.

Protein dan menyusu

Mengambil protein yang cukup semasa mengandung membekalkan mommies nutrisi yang cukup untuk mengekalkan tisu dan memastikan susu mommies membekalkan protein untuk pertumbuhan tisu, organ, otot dan otak bayi.

Protein Membantu Mommies untuk turunkan berat badan. 

Jika berat badan anda bertambah secara berlarutan, diet yang kaya dengan protein dapat membantu anda menurunkan berat badan sambil tetap membekalkan anda dengan nutrisi yang optimum. Perunding laktasi yang disahkan oleh lembaga antarabangsa, Kelly Bonyata (IBCLC), mengesyorkan penurunan pengambilan lemak dan meningkatkan pengambilan protein semasa menyusu boleh membantu mengekang selera makan anda dan membantu anda menurunkan berat badan.

Nutrien untuk Ibu Menyusu

Kita sering ambil lebih peduli kepada ibu yang mengandung. Lebih spesifik tentang nutrien dan vitamin. Kenapa masa mengandung kita kene ambil extra iron, extra protein dan pelbagai lagi?

Sebab banyak perubahan berlaku pada ibu yang mengandung dari segi hormon, bentuk fizikal dan sebagainya yang memerlukan seseorang ibu itu perlu nutrien tambahan. Sebab tu mereka dibekalkan dengan pelbagai pil. Yang orang duk claimed ‘ubat doktor bagi’. Those are actually vitamin or supplement. Bahasa Melayu nya makanan tambahan.

Kalau tak cukup nutrien ni, apa jadi? Ada yang boleh pitam la, atau boleh memudaratkan kandungan dan ibu itu sendiri. Contoh, jika ibu kekurangan zat besi, ia akan menyebabkan anemia. Bahaya anemia ni boleh menyebabkan keguguran atau tumpah darah semasa bersalin.

Bagaimana pula dengan ibu menyusu? Ibu menyusu ni power sangat ke sampai tak perlu makanan tambahan? Cukup dengan makanan harian? Kadang kadang nak makan pun tak sempat. Jika tengok table attached, lactation mommies need more than mommies yang tak menyusu even yang pregnant.

Susu kita ni memang takkan kurang satu pun nutrisi yang ia sepatutnya supply untuk anak anak. Tetapi bila ibu kurang nutrisi, ia akan menjejaskan kesihatan ibu la. Contoh kalsium magnesium, pregnant mommies need 800mg and lactation mommies need 1000mg. So bila mak tak cukup kalsium, susu yang dia nak supply tu will take kalsium from tulang mak, gigi mak. So jangan pelik kalau muda muda gigi dah luruh ok. Same goes to other nutriens.

‘Saya makan real food’

Masa pregnant tak makan real food kah yang sampai kene makan ‘ubat doktor’?

Sejauh mana real food anda tu real? Sejauh mana anda jaga pemakanan anda?

Protein sebagai contoh, akan termusnah pada suhu yang tinggi. Masa proses memasak tu berapa % protein je yang tinggal?

Nak Kalsium, makan badam je pun boleh. Berapa ketul badam yang kene kunyah hari hari nak cukup kan 1000mg? How about magnesium and vitamin D? Calsium needs both of these for optimum absorption. Berjemur bawah matahari for Vitamin D? haha.

Kerja dalam office aircond sejuk siap. Celah mana nya Vitamin D? and mak mak ni nak ke berjemur? Semua puteri lilin. Siapa nak lecah ketiak hari bekerja wehhh.

Keperluan Nutrisi Mengikut Kategori

Boleh refer gambar di atas untuk keperluan nutrien ibu menyusu. 

Anda boleh rasa badan anda kekurangan nutrien apabila, kulit anda kusam, badan lesu tak bermaya. Sakit sakit badan. Stress. Dan macam macam lagi

So, bila dah letih, mood ko pun kelaut. Oxytocin ko pun drop. Mula craving benda benda manis, kunun untuk canakkan balik oxytocin. Tapi tak sedor boleh trigger mucus untuk anak anak yang selesema.

So mommies, boleh cek pemakanan uols macam mana. Cukup ke tak. Kalau nak borang kesihatan, meh PM akak. From borang tu, you will know nutrien apa yang anda kurang.

Seminggu sekali pergi la beriadah keluarkan peluh sikit. Sebulan sekali pergi la body massage. Mintak your hubsbaby jagakan anak sekejap. Tinggal kan EBM.

Ok? air masak jangan lupa.

Ps: menaip sambil pangku Dijah.
PSs: Akak pilih vitamin semulajadi

Salam Sayang,
Amalina Mohayidin
5.32 am

Tips Hantar Susu Kepada Pengasuh

Assalamualaikum Semuaaaaa. lama tak membebel. ahahah

Hari Jumaat lepas adalah hari pertama mula kerja setelah 60 + 7 hari maternity leave. Tapi boleh relax relax lagi kot sebab kelas mula 24th September. 

Dah lama kan tak cakap cakap pasal breastfeeding kat Projek Susu? Selalu tiap2 minggu ada LIVE. Huu. Dah duk berpantang, cuti la jap LIVE. Takdan nak pantang gaya retis. Rupa Kak Limah je mampu. Hahaha. 

InsyaAllah, ada planning untuk kembali ‘LIVE’ dan planning for clasess untuk ibu ibu. Ada yang nak join? hehehe

So harini nak share tips bagaimana nak hantar susu kat baby sitter (BS). Since Khadijah duduk dengan nenek je, so, it is much more easier lah kan. Alhamdulillah.

Ok. Here we go!

1) Mommies kene la inform BS yang mommies nak anak menyusu susu ibu yang dibekalkan sahaja. 

2) Kene pastikan yang BS pandai handle EBM. ( to BSs, jujur ya, kalau tak pandai, bagitahu, kalau taknak pun bagi tahu, supaya tak timbul masalah dikemudian hari)

3) Untuk memudahkan kerja BS, sediakan siap-siap susu ikut feeding. Let say, baby minum 2oz setiap kali 1-1.5 hours, so sediakan 2oz susu sebanyak 6-7 botol untuk 8jam kerja. Ni contoh je tau. Tak applicable untuk semua baby. Mommies sepatutnya lebih faham baby anda. 

4) Dan labelkan botol tersebut dengan numbering. 1-7. So, BS faham la yang mana patut bagi dulu. Kenapa nak numbering? Because sometimes, ada mommies yang bekalkan susu frozen. Susu frozen ni kene habiskan dalam masa 24 jam kan. So, kene bagi awal awal takut takut, kalau susu tu tak habis, dah tak boleh simpan balik. If susu chiller, then boleh simpan balik untuk bekalan esok.

5) Kalau ibu berkemampuan, boleh la sediakan puting siap siap untuk setiap botol tu. So, BS tinggal nak panaskan je. Puting size biasa bukan wideneck mungkin boleh fit to storage bottle. Depends la. Uol lagi terror kot bab ni. Umi tak pandai sangat. Sebab Saif and Khadijah so far takde masalah dengan puting. Dia terima je apa adanya. And Umi guna botol Tommie Tippie je. Murah.

6) Ok. Susu tadi boleh letak dalam cooler bag. Jangan lupa letak ice packs. Ni jika taknak tumpang peti BS la. Kalau BS ok je letak dalam peti dia, boleh la tompang. If tak selesa, letak je dalam cooler bag. 

7) Kalau boleh print siap siap & laminate cara-cara simpan susu dan cara panaskan susu kepada BS. Boleh letak kat cooler bag tu. So, BS boleh baca if dia terlupa ke apa ke kan.  Boleh juga letak nota tentang ‘Teknik Paced Feeding’. So, takdelah isu ‘SUSU TAK CUKUP’ insyaAllah.

8) Lastly, doa banyak banyak dapat BS yang penyayang dan boleh sayang anak kita macam anak sendiri. Lagi syukur kalau dapat BS yang breastfeeding supporters. Sentiasa doa anak kita sentiasa dalam jagaan Nya dan jauh dari segala mala petaka. 

Cukup tak tips ni? Ada apa apa nak tanya? Boleh drop komen ok. 

Mak anak 2 + 7. 
MashaAllah, Alhamdulillah, dah bertambah anak anak. Nanti Umi introduce lagi 2 anak susuan.