Set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum semua.

Harini Malin nak share set berpantang Shaklee yang Malin consume semasa berpantang kan Khadijah. Which is now lah. Today hari yang ke 25.

Malin ada cerita beza berpantang Saif dan Khadijah, which masa Saif yang yuk makan vitamin but masa Khadijah all out telan vitamin. Beza memang berbeza. Lebih sihat ceria dan bertenaga. Boleh baca cerita disini.

Basically set pantang Shaklee ada 7 items. Semua ni penting dan ada fungsi tersendiri. Nak kesan yang komprehensif dan menyeluruh, wajib ambil semua.

So here we go one by one ok!

1) Vitalea

Vitalea basically is a multivitamin. Lepas bersalin banyak hilang darah kan. So vitalea bagus utk hb low. Dia juga bantu penyerapan optimum vitamin vitamin lain. Ia ada 30 nutrisi lengkap untuk keperluan harian anda.

2) ESP @ Energized Soy Protein

Esp adalah protein berkualiti tinggi sangat bagus untuk penyembuhan luka dalaman dan luaran. Juga membantu dalam penghasilan susu yang berkualiti. ESP ni soya non GMO tau. Maksudnya, pembuatan ESP ni tak merosakan atau tiada pengubah suaian genetik pada soya ESP. Ni kalau konsisten ESP ni, boleh hilang parut tau. Termasuk stretchmarks!

3) Vitamin C

Vitamin C - bagus untuk penyembuhan luka dan imunisasi badan. Ia juga membantu penyerapan iron supaya lebih optimum. Iron perlu Vitamin C untuk diserap dengan baik. Yang best nya, Vitamin C Shaklee sangat istimewa sebab ia bersifat sustained release. Ini bermaksud, setiap 100mg Vitamin C akan dilepaskan setiap jam. O takde lah vitamin C yang terbuang kalau tak digunakan. Banyak vitamin C dipasaran. 1000mg 1 tablet pun ada tau. Tapiii, anda pasti ke kesemua 1000mg tersebut diserap oleh badan? Atau hanya membuatkan air kencing anda menjadi mahal dek vitamin C yang terbuang tak diserap tadi?

4) B Complex with Acid Folic

Bcomplex - Ia ada 8 jenis B vitamin yang tidal ada pada B Complex jenama lain. B Complex Shaklee ada B6 & B12  yang membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Lepas bersalin kan penat & stress, So B6 & B12 ni bantu beri tenaga dan mengurangkan stress. Serious, saya consume B Comple ni dari awal mengandungkan Khadijah, memang beza. Lebih tenang dan kurang alahan. Maksud nya tak seteruk alahan masa mengandungkan Saif.

5) Ostematrix

Ostematrix adalah pil kalsium ni bantu bekal kalsium. Ada complete magnesium dan vitamin D. Ada iron & boron sekali. Penting kombinasi kalsium, magnesium dan vitamin D ni supaya kalsium dapat dibawa ke tempat yang sepatut nya dan memerlukan. Especially semasa menyusukan anak. Legakan sakit sakit badan juga masa berpantang. Semasa mengandung dan berpantang, Ostematrix bantu elak sembelit. Ngeri oiii kalau sembelit masa pantang ni. Boleh tak tidur malam. Kalau consume Ostematrix, najis jadi lembut dan senang membuang. Tak yah takut takut. Hehe.

6) Omega Guard.

Omega Guard Shaklee terkenal dengan World Finest Fish Oil. Antara minyak ikan terbaik dunia. Ia sangat bagus untuk perkembangan otak dan minda baby. Bagus diambil ketika mengandung dan sehingga waktu menyusukan anak. So anak dapat manfaat dari susu ibu. Plus ia bantu bakar lemak. Sangat lah sesuai untuk mak tang yang nak kurus balik. So boleh dapat berat ideal semula selepas bersalin.

7) Alfalfa Complex

Alfalfa pulak dikenali sebagai galactagogue atau penggalak susu. Ia memnantu melancar kan penghasilan susu dan juga elok untuk pemulihan rahim dan kesihatan dalaman wanita. Kalau nak tau, Alfalfa ni dikenali sebagai jamu moden, setanding Kacip Fatimah! Gituuu. Haa boleh ketatkan yang mana loose lepas bersalin. Ehhh.

Sekian perkongsian manfaat Set Berpantang Shaklee. Kalau tanya saya, set mana wajib beli of course la vitamin vitamin ni semua. Yang barang luaran boleh beli loose item Nona Roguy ke. Set Anugerah ke. Tp vitamin ni wajib untuk penyembuhan yang cepat dan lebih sihat.

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp Malin k.

www.wasap.my/+60179088812

Amalina Mohayidin (boleh cari Malin di facebook)
Pengedar Shaklee Semenyih, Beranang & Pajam.

Pengalaman Mengandung & Berpantang dengan Shaklee

Assalamualaikum semuaaa.

Harini nak cerita tentang beza pengalaman Umi mengandung dan berpantang Saif dan Khadijah.

Jom baca bagi mereka yg sedang mengandung atau planning untuk meengandung lagi. Mungkin bermanfaat untuk anda!

Beza pregnant Saif & Khadijah

Masa Saif, Umi sangkut GDM. Kene la buat BSP. Time ni memang culas vitamin Shaklee. Beli saje. Tapi tokleh telan. Simpan. Makan vitamin klinik je.  ESP lagilah loya takleh lalu tekak. Alahan sampai 6bulan. Saif keluar 3kg at 37w 1d. Hikmah keluar awal sebab GDM.

Masa Khadijah, dari awal dah makan BComplex, Vitalea & Vitamin C. ESP je mula lambat. Alahan sampai 4bulan dan tak seteruk masa Saif. Takde GDM. Syukur. Bila dah takde GDM. Amboi. Makan pulun. Khadijah keluar 3.63kg at 38w 3d. Induced lagi.

Beza berpantang Saif & Khadijah
Berpantang masa Saif, stress sikit lagi nak meroyan. Haha. Biasa lah. Mak pertama kali. Pastu asyik engorged. Demam. HB low. Pernah nak terpengsan dalam bilik air. Sama jugak. Vitamin Shaklee post natal set tu Umi buat hiasan. Taktau la nape aku tak makan. Haha. Sembelit masa pantang siksa oiii. Sape suruh taknak makan Oste!

Berpantang Khadijah. All out tak culas langsung. Sat lagi ada abam polis tanya, "vitamin dah makan?" Memang tak lupa lah cite dia. Sebelum masuk LR telan vitamin. Keluar LR pun terus makan vitamin pakai bengkung semua. Day 2 dah boleh membuang dengan yakin nya.

Balik rumah pun macam orang dah berpantang 2 minggu. Sampai tok laki tanya, "pantang kali ni nampak sihat boleh senyum senyum lagi"

Lorr nampak sangat pantang Saif dulu aku stress. Kahkah.

Selain dah ada pengalaman, dah ada ilmu especially ilmu menyusu, vitamin juga membantu proses recovery.

I would highly recommend siapa yang cari set pantang untuk consume set pantang Shaklee. Yang dalaman ni memang kene sihat barulah terpancar diwajah. Nutrisi lengkap membantu proses penyembuhan.

Memang ada banyak supplemen dipasaran. Tapi pilih la yang diyakini selamat dan berkesan. Vitalea tu dah 100 tahun tau. Vitamin pertama didunia. Asal perkataan vitamin pun dari dia. 'VITalized MINeral'

Yang minyak2 sapu2 urut2 cuci2 lulur2 tu boleh je nak beli. Macam2 jenis ada. NR, Anugerah, Tanamera etc etc.

Tapi yang paling penting vitamin.

Cakap berdasarkan pengalaman. Kita nak orang rasa apa yang kita rasa. Benda baik tak boleh kedekut. Kene share!

Dan saya dah dapat berat sebelum pregnant dah. Hehe yeay!

Ps: Gambar dedua anak ni keluar muka biru. Syukur selamat.

Further info on products boleh personally whatsapp ok

www.wasap.my/+60179088812

Atau boleh baca tentang manfaat setiap produk disini.

#CeritaPantang

Rutin Mak Berpantang

Anak anak tidur, Umi cepat cepat lunch. Kang adik ek ek ek minta susu, takdan makan pulak kan.

Lepas makan amik vitamin wajib.

Vitamin C - untuk imunisasi & sembuhkan luka jahitan. Baru ni bersalin kan si Khadijah, koyak 1st degree tear.

B Complex - si anti stress & bekal tenaga berpanjangan. Bantu tukar makanan kpd tenaga.

GLA Complex - imbankan hormon ibu lepas bersalin & lancarkan darah nifas.

Ibu ibu dah ada set berpantang? Meh roger Umi Khadijah.
0179088812

#mydailyshaklee

Belajar dari Kesilapan : Pengalaman Menyusukan Saif

Masa bersalin kan Saif, niat semangat utk BF Saif ada, ilmu pun ada tapi setakat baca baca camtu je lah.

Nyaris juga give up sebab 'nipple cracked' dan selalu 'breast engorged'. Sampai demam. Bayangkan dalam pantang demam.

Pergi jumpa Doktor, Doktor suruh bagi Saif FM. Logiknya, Umi boleh rehat, orang lain boleh bagi Saif susu. Solusi breast engorged takde pun.

Saif prolonged jaundice, check up sebulan berat dia naik 300 gram je which tak cukup. Sepatutnya kena naik 600g - 1kg.

Doc suruh pam dan bagi 3oz per 3 hourly.

Tapi Umi tak buat pun. Umi pulun menyusukan Saif kerap esp waktu malam.

Check up 2 bulan naik 1kg lebih.  Syukur.

Ibu ibu, kalau ada masalah penyusuan, cepat cepat dapatkan bantuan dengan mereka yang ahli dalam bidang penyusuan.

Jangan cepat cepat jatuh hukum yang susu ibu ni tak berkhasiat. Tak cukup nutrien. Sedangkan susu ibu adalah yang terbaik.

Anak tak naik berat mungkin sebab penyusuan dia tak effective, latching salah, atau ada tounge tie, atau hanya dapat foremilk & etc.

Ceritakan masalah dengan se detail mungkin supaya kami kami ni dapat troubleshoot masalah ibu ibu.

Kena belajar berlapang dada dan menerima nasihat kalau betul betul nak berjaya menyusukan anak.

Determination dan effort harus dari ibu. Kami hanya boleh bantu beri nasihat dan consultation sahaja.

#NotaUmmuSaif
#Walkthejourneywithme
#KZBFJourney

Facial Mobile Spa By Malyn

Assalamualaikum semua.

Apa khabar? Hopefully sihat sihat aje ok!

Harini saya nak share tentang servis terbaru saya iaitu......

Facial Mobile Spa By Malyn

Ini basically adalah servis facial spa ke rumah. Maksudnya, saya pergi ke rumah anda untuk servis facial.

Kadang kadang orang tak ada masa untuk pergi ke spa & saloon untuk belai muka. Yelah, sibuk kan. Kerja lagi. Anak anak lagi tak ada yang nak urus & jaga.

Jadi inilah peluang anda untuk rasa dibelai wajah dirumah.

So tak perlu nak drive, tak perlu keluar duit minyak. Anak anak pun masih depan mata.

At the same time, wajah pun besih berseri selepas di servis. Hehe.

Akak cover area mana?
Haaaa, untuk yang berada di Beranang & Mantin. Transportation caj is FREE. Tapi untuk yg diluar kawasan, adalah caj sikit. Datang jauh jauh kan. Hehe.

So boleh book slot masing masing k.

Produk apa yg akak guna? Of course la, produk berkualiti tinggi!

YOUTH SHAKLEE

Produk bukan calang calang. Produk dah undergone 8 years of clinical study.

Best kan?

Here are the packages. Boleh refer gambar.

Jom cantik bersama samaa!

Boleh check out Instagram Akak ok!

facial_mobile_spa_beranang_semenyih
0179088812

AMALINA MOHAYIDIN
#YouthByDoozyBeauty
#malynfacialmobilespa