Tempahan Kek, Fruit Tart, Crumbled Pie, Tart Nenas..Dll..Beranang, Semenyih, Kajang, Mantin, Pajam, Nilai....

Assalamualaikum. 

Ni sambungan entry lepas 'Suamiku Encik Baker' 

Projek kecil-kecilan kami suami isteri. 

Setelah mendapat feed back positive dari kawan-kawan, sedara-mara. Maka projek ini dilancarkan. eheh!

Actually, encik husband ni time bujang dulu memang selalu dapat tempahan dari officemates dia buat kek utk birthday party, masa kt kampung Sabah dulu2, time cuti semester, buat tempahan kek lapis..tempahan roti jala..etc..etc..memang passion dia benda-benda masak dan baking ni. Even, masa mengorat dulu pun, dia mengorat akak dengan makanan! Pavlova, Rasp berry Cheese tart, Blueberry Cheese cake..Pheww, gigih tauuuu..! hihik

Ni dah kawin, every week ada je benda dia nak buat. Kitorg la untung, dapat makan. Dapat pulak wife suka makan. Memang perfecto de amorrrr..HAHA

So, if ada sesiapa yg teringin nak cuba, atau nak tempah utk event apa-apa, jamuan ke, utk makan saja2 ke. Moh le tempah. InsyaAllah sedap. :) Silalah jamu mata dahulu dgn gambar gambar dibawah. hehe

Tempahan boleh dibuat melalui, saya;
 PM sini okay! 
0179088812


Blueberry Cheesecake

Blueberry Cheesecake, Section View ;)

Blueberry Cheese Cake (Cookies as base, See the Section Cut)

Apple Crumbled Pie in the making :)

Section Cut, apple crumbled pie :)

Crumbled On top of the apple pie :)

Sedang menikmati apple crumbled pie with vanilla ice cream ;)

Tart Nenas Sedapppp! :)

Tart Nenas in the making ;)

Dapat tempahan tart nenas & Kek lapis chocolate..Sedap bangett! 

Kek Coklat ala ala Anis Choc Moist

Chocolate Cheesecake Sebelum di topping kan!

Chocolate Cheese cake sedang dituang coklat leleh! ;)

Tempahan Dibuka,
Hubungi Puan Malyn
0179088812
COD : .Beranang, Semenyih, Kajang, Mantin, Pajam, Nilai.

Suami ku encik Baker!

*krik *krik *krik

Gallery OPPO Cik Malyn
Hah,  ape tuuu. Tajuk Novel baru? or Tajuk drama baru?

 Nak tau, pls stay tuneeee, hehehe

Nak siapkan lecture notes dulu. huhihuhi :P

RESEPI KEK COKLAT SEDAP (Ala ala Anis Choc Moist)

RESEPI KEK COKLAT SEDAP 
(Ala ala Anis Choc Moist)

Al maklum la yg Cik Malyn ni hantu kek choc leleh, jenuh la encik husband nak kene supply Anis Choc Moist. Why not buat sendiri ? kannnnn..boleh makan ramai ramai seisi keluarga! Oh, btw my husband yg buat kek ni ;)

Bahan-bahan kek:

Kek Coklat yg dah siap dikukus
1 1/3 cawan tepung (guna tepung serbuk penaik )
250 gram Butter
1 cawan gula castor
1 cawan susu pekat manis - 
1 cawan serbuk koko Hersheys (boleh je nak guna brand apa, up to you all)
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1 sudu teh Soda Bikarbonat


Bahan-bahan Chocolate Ganache

Choc Ganache utk Topping kasi leleh :P
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko Hershey
Sedikit butter
panas kan dalam microwave, tuang atas kek yg dah masak. 


Cara-cara membuatnya :

1.Didihkan periuk pengukus terlebih dahulu.
2. Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin dalam kuali atau periuk. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dgn sekata.
3. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat.
4. Pukul telur hingga kembang. Masuk kan campuran pertama tadi ke dalam adunan telur.
5. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran yg diayak tadi. Kacau hingga tidak berketul ketul.
6. Masukkan dalam loyang yg disapu mentega dan kukus. Pastikan air sudah mendidih. tutup loyang dgn aluminium foil utk elak air menitik ke atas kek.
7. Kukus dalam masa lebih kurang 1 jam.


Atau anda boleh bakar dalam 45 - 48 minit. panaskan oven api bawah dan atas dan bila masa pembakaran guna api bawah sahaja suhu 150C atau ikut suhu oven masing -masing dan guna kaedah waterbath.. masukkan loyang kek ke dalam loyang lain berisi air panas.


Phewww..melelehhh..makan dgn asikrim vanilla syok niiii
Sedang tuang toppinggg :)
Kek yg dah siap :)
Selamat Mencuba!


#‎PromosiSeptember
#ESP
.
.
Malyn
0179088812
Visit IG: amalinamohayidin
Shaklee Independent Distributor
'Help Your Self to Help Others'

*Till next post*
*Stay Tune*



Hello September!

Assalamualaikum semuaaa~~~

Entry ni macam ala ala #throwback laaa..hehe 
Kalau duk ingat ingat balik, mcm2 dah yg dilalui..so utk few years back ni, mmg banyak la keputusan keputusan besar dibuat dlm bulan August-September ni. Hidup penuh dilema kan, tinggal kita je nak decide macam mana. Apa apa keputusan yg dibuat pun, mesti lah bersandar pada Allah Yang Tahu Segala Sesuatu. 
.
.

Kira nya bulan August - September ni, penuh
dilema la hidup time tu. 

.
.
2012 - dapat offer buat Master by research kt UIA , dapat gak offer kerja kt consultant firm as Contract Exec. Chose to work. Kunun2 nak experience. 
.
.
2013 - cukup setahun. Duk fikir nak sambung belajar kt UTM. Duk dilema nak buat part time ke full time. Sbb syg gak nk berhenti kerja. Setelah ditimbang disukat segala aspek. Resigned. Belajar full time.
.
.
2014 - habis setahun belajar. Memang doa sungguh2 nak habis master dlm masa setahun jgk cemana2 pun. Or else. Plan surely akan lari sikit.. Alhamdulillah. Allah bagi. Time ni gak la. Dah janji lepas habis master..after submitted dissertation..kene buat satu lagi keputusan besar. Iaitu, menamatkan zaman bujang. So, it was a YES. Time ni gak la..kene decide nk g academic line ke nk masuk industry balik. Dpt offer mengajar, go for lecturing..dpt gak interview kt developer..tp takpelah..rejeki mengajar kot. 
.
.
And. Alhamdulillah. 2015. Dah tamat la zaman bujang itu May yg lalu. And Dah setahun jadi cikgu.
.
.
Time flies. Banyak sangat nikmat yg Allah bagi. Lepas ni taktau nk kene decide apa pulak. Mungkin sambung belajar lagi? Takpun tukar uni. Ahahahaha! Takpun, decide nak beranak kt mana..eh?? Hehe .aminkan aje.wink emoticon

.
.
Hello September! Be good ok?

.
.

#‎PromosiSeptember
#ESP
.
.
Malyn
0179088812
Visit IG: amalinamohayidin
Shaklee Independent Distributor
'Help Your Self to Help Others'

*Till next post*
*Stay Tune*


le emotico





















REZEKI

Assalamualaikum, ini entry 2013 tentang rezeki, I post balik di hari Jumaat yg mulia ni. Kalau tak silap entry ini di tulis masa I tgh sambung study master kat Skudai tahun lepas. Makanan jiwa ni kene selalu refresh, kalau tak kelaut. So, Jom baca!



"REZEKI"

'Benarlah rezeki itu drpd Tuhan, tetapi kita kene usaha.'

'Benarlah kita kene usaha, tetapi rezeki itu drpd Tuhan'

How do we understand both statements above?

Dalam satu riwayat, dinyatakan seorg sahabat sedang bekerja. beliau menyiapkan dinding yg terdiri drpd susunan batu-bata. Pd masa azan dilaungkan, kerjanya sudah hampir selesai. Iaitu hanya tinggal meletakkan sebutir bata sahaja lagi. Apabila ketulan terakhir itu diletakkan ditempatnya maka sempurnalah kerjanya. Namun, tatkala mendengar suara azan dilaungkan, serta merta sahabat tersebut menghentikan kerjanya dan terus menuju ke tempat solat.

Apabila beliau ditanya mengapa tidak meneruskan sahaja kerjanya tadi, walhal hanya tinggal satu bata shj utk siap. Beliau menjawab, bhw jika beliau meneruskan kerjanya, sebenarnya beliau membesarkan batu bata bukan Allah.

Padanya, apabila azan dilaungkan, semuanya adalah kecil kecuali Allah.

Nah, kita bagaimana?

Sentap.

T.T

-from buku, 'Mudahnya Menjemput Rezeki'-


Re-post : 28/8/2015
Entry asal disini