REZEKI

Assalamualaikum, ini entry 2013 tentang rezeki, I post balik di hari Jumaat yg mulia ni. Kalau tak silap entry ini di tulis masa I tgh sambung study master kat Skudai tahun lepas. Makanan jiwa ni kene selalu refresh, kalau tak kelaut. So, Jom baca!



"REZEKI"

'Benarlah rezeki itu drpd Tuhan, tetapi kita kene usaha.'

'Benarlah kita kene usaha, tetapi rezeki itu drpd Tuhan'

How do we understand both statements above?

Dalam satu riwayat, dinyatakan seorg sahabat sedang bekerja. beliau menyiapkan dinding yg terdiri drpd susunan batu-bata. Pd masa azan dilaungkan, kerjanya sudah hampir selesai. Iaitu hanya tinggal meletakkan sebutir bata sahaja lagi. Apabila ketulan terakhir itu diletakkan ditempatnya maka sempurnalah kerjanya. Namun, tatkala mendengar suara azan dilaungkan, serta merta sahabat tersebut menghentikan kerjanya dan terus menuju ke tempat solat.

Apabila beliau ditanya mengapa tidak meneruskan sahaja kerjanya tadi, walhal hanya tinggal satu bata shj utk siap. Beliau menjawab, bhw jika beliau meneruskan kerjanya, sebenarnya beliau membesarkan batu bata bukan Allah.

Padanya, apabila azan dilaungkan, semuanya adalah kecil kecuali Allah.

Nah, kita bagaimana?

Sentap.

T.T

-from buku, 'Mudahnya Menjemput Rezeki'-


Re-post : 28/8/2015
Entry asal disini