RESIPI MEATBALL ALA ALA IKEA ;)

Projek Cuti Semester! 

Assalamualaikum wbt..

Edisi melayan perut dan tekak! Haha. 
Yes, saya suka makan.
Saya takde la suka sangat masak, tapi disebabkan suka MAKAN,
maka saya terpaksa MEMASAK. hehe

Meatball nya ku beli je yg dah siap. then goreng sajaaaa! 
Hidup sebagai student dan businesswoman perlu cepat dan tangkas! 
So, beli je. hehe. (padahal malas nak gentel sendiri) 
kahkahkah

Ok, untuk Gravynya :

1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar- di potong dadu
1 1/2 cawan air sejuk
100ml susu segar/susu cair 
3 sudu sos tomato 
3 sudu sos tiram 
2 sudu kicap manis 
2 sudu lada hitam (tumbuk)
1 cube ayam/ daging - saya guna kiub daging lembu, lebih umpphhh!
sesudu gula  - saya tak letak, sbb dah kene dgn tekak


Cara-caranya: 

1. Cairkan butter dan masukkan tepung gandum, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan-bahan lain yg belum masuk lagi tu, kacau sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomato itu tadi hancur .

*untuk fries, beli dan goreng saja k? ehehe*

Thennnn, taaarraaaaaaaa! siap lah meatball ala ikea anda!

Meatball Ala IKEA! ;)

Selamat Mencuba! 

Nanti lepas ni nak share resipi buat Chicken Chop and Mashed Potato pulak!

Salam Sayang!
malin

MULTI VITAMIN: PROMO FEBRUARY

VITA LEA

Perbezaan Shaklee


Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta didunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitalize Mineral” dan disingkatkan menjadi “Vitamin”, dan perkataan vitamin yg disebut kini asal nya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak dari sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaiman disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vita-Lea disalut dengan serbuk nutrisi spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explotab”. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas didunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung didalamnya mudah berintergrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita Lea telah dipilih oleh Centre for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN didalam PUBLIC INTEREST pada tahun 2000.

Manfaat Utama

PENAMBAHAN TENAGA SEGERA
pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

PELENGKAP NUTRISI
Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yg mengamalkan vegetarian dan anaemia.

KEUPAYAAN SISTEM PRODUKTIF
Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

METABOLISME
Sangat membantu dalam stimulasi metabolism dan melambatkan proses penuaan.

ELEMEN PENTING PADA SEL TUBUH
Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormone, serta menjaga kesihatan tirod.

MELINDUNGI ORGAN
Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

FAKTA NUTRISI DIDALAM VITA-LEA

Vita A- Kesihatan mata, kulit anti oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respitori, sistem imun dan rambut yang sihat.

Vita D- Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang, osteoporosis dan psoriasis.

Vita E- Anti oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.

Vita C- Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selesema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.

Asid Folik- Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit

Vita B1- Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.

Vita B2- Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.

Vita B3- Tukarkan makanan kepada tenaga, hasilkan hormone, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.

Vita B6- Metabolisme protin, baiki otot, senggugut, penenang tenaga, elakkan muntah muntah, bibir kering, ghossitis, dermasitis, kekejangan, kebas, anemia.

Vita B12- membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakan anemia, keletihan dan keresahan, diabetes, rabun.

Biotin- Bantu B kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.

Vita B5- Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.

Kalsium- Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/penyakit tulang lembut.

Fosforus- meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia

Iodin- Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.

Zat besi- membentuk hemoglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia

Magnesium- Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.

Copper- Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan.

Zink- Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda

Ayuhhh PM saya segera----> 017.908.8812

InsyaAllah, Biiznillah! :)

KEPERLUAN AIR DALAM TUBUH DAN MANFAAT NYA

Manfaat Air


Orang dewasa biasanya memerlukan 8-12 gelas air sehari. Iaitu bersamaan dengan 2-3 liter sehari. Selain penghilang dahaga, air dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dengan cara mudah dan murah. Berikut merupakan beberapa manfaat yang akan diperoleh melalui pengambilan air yg cukup.

1. Melancarkan sistem pencernaan

Air yg cukup setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan dan menghindari masalah sembelit. Pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien. Juga membantu melambatkan tumbuhnya zat-zat penyebab kanser serta mencegah penyakit batu karang pada ginjal dan hati.

2. Perawatan Kecantikan

Apabila kurang minum air kosong, tubuh akan menyerap kandungan air dalam kulit sehingga menjadi kering dan berkedut. Air kosong juga dapat melindungi kulit dari luar, sekali gus melembabkan dan menyihatkan kulit.

3. Kesuburan

Pengambilan air yg cukup akan meningkatkan produksi hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Menurut kajian, jika seseorang mandi dengan air sejuk, maka peredaran darahnya akan lancar dan tubuh terasa lebih segar bugar. Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan produksi sel darah putih dan kemampuan seseorg terhadap serangan virus. Bahkan, mandi dengan air sejuk pada waktu pagi dapat meningkatkan produksi hormon testosteron dan estrogen pada wanita. Sekali gus kesuburan serta daya seksual pun akan meningkat.

4. Sebagai ubat strok

Air panas bukan hanya digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit kulit tapi juga berkesan untuk mengubati lumpuh yang disebabkan oleh strok. Hal ini kerana air dapat membantu memperkuat kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan. Kesan panas itu menyebabkan pelebaran pembuluh darah, meningkatkan peredaran darah serta mencegah kekejangan otot, menghilangkan rasa sakit serta menenangkan fikiran. Kandungan ion-ion dalam air panas seperti magnesium, hidrogen karbonat dan sulfat membantu pelebaran pembuluh darah dan memudahkan peredaran darah, Selain itu, pH dalam air mampu mensterilkan kulit.

5. Kesan Relaks

Cubalah berdiri dibawah pancuran air dan rasakan kesan nya pada tubuh. Curahan air yg jatuh ke tubuh terasa seperti urutan dan mampu menghilangkan rasa letih. Bukan itu sahaja ketegangan otot dapat dilegakan dengan mandi air panas bersuhu sekitar 37 darjah celcius. Jika kaki terasa lenguh, kita sering dianjurkan untuk merendam kaki dengan air panas yg dicamput sedikit garam 

6. Menguruskan badan

Air kosong juga bersifat menghilangkan kotoran-kotoran didalam tubuh yang akan lebih cepat keluar melalui air kencing. Bagi yang ingin menguruskan badan, minum air panas sebelum makan merupakan satu cara untuk mengurangkan jumlah makanan yg diambil. Tambahan pula air tidak mengandungi kalori, gula atau lemak. Namun yg terbaik adalah minum air kosong pada suhu sederhana , tidak telalu panas dan tidak terlalu sejuk. 

Sumber: 
Buku bertajuk, 'ALLAH Doktorku; Wahyu Ubat Penyakitku' - Mukhlas Asy-Syarkani Al-Falahi

Salam Sayang,
malin
017.908.8812
xoxo

Promo CNY 2014


Assalamualaikum w.b.t

Pengumuman untuk semuaaa!

Promosi sempena Chinese New Year 2014 untuk semua produk Shaklee. Boleh refer sini untuk senarai produk.

Promosi bermula 26/1/2014 sehingga 31/1/2014

Hubungi saya disini 017.908.8812 untuk keterangan lanjut dan harga runtuh!

Salam Sayang,
Malin
xoxo

Kebas Kaki dan Tangan: Apa puncanya?

Kebas kebas kaki dan tangan


Kita pernah mengalami rasa kebas, tetapi kita jarang memikirkan rasa kebas sebagai suatu tanda penyakit. Malah kita menganggap ianya pernah dialami oleh setiap orang.

Menurut Pakar Perunding Perubatan, Klinik Pakar Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Ismail Merican, kebas pada istilahnya adalah perasaan kurang selesa atau ‘lemas’ terhadap pergerakan anggota badan yang kadangkala menyebabkan rasa sakit menyucuk-nyucuk di bahagian tertentu.

Jelas beliau, kebas dapat diklasifikasikan kepada dua keadaan. Pertamanya kebas yang disebabkan oleh urat saraf. Jika urat saraf tersebut mengalami gangguan seperti tertekan oleh badan kita, ia menyebabkan kawasan urat saraf berkenaan merasa kebas.

“Misalnya, apabila kita tidur, kadang-kadang tanpa kita sedari bahagian lengan kita tertindih oleh badan kita sehingga menyebabkan lengan kita merasa kebas apabila kita terbangun. Keadaan tersebut disebabkan urat saraf kita terganggu kerana lengan kita tertindih sehingga membuatkan aliran darah kita menjadi sempit. Keadaan itu menyebabkan kita merasa kebas.

“Begitu juga apabila kita duduk atau bersila terlalu lama, kita akan merasa kebas. Namun demikian, ia akan hilang apabila kita bangun dan bergerak. Kebas seperti itu adalah normal.

“Bagi mereka yang mengalami kemalangan kecil, mereka merasa kebas untuk sementara waktu. Jika mereka mengalami kecederaan yang teruk, kebas akan berlaku dalam jangka yang lebih lama. Jika terdapat anggota badan seperti tangan terputus langsung rasa kebas akan hilang kerana urat saraf telah terputus,” kata beliau.

Beliau menambah, “Keduanya adalah kerana berlakunya penyempitan saluran darah akibat cara pemakanan atau tabiat yang menjejaskan kesihatan. Orang yang mempunyai penyakit kencing manis, merokok dan kadar kolesterol yang tinggi akan mengalami kebas.”

Bagaimana jika rasa kebas terjadi bukan sebab hal-hal di atas? “Keadaan kebas juga boleh berlaku jika seseorang kekurangan darah, terlalu gemuk, wanita mengalami putus haid dan kadang-kadang orang yang kekurangan kalsium.

“Biasanya penghidap penyakit penyakit kencing manis merasa kebas di bahagian tangan dan kaki. Jika mereka sering merasa demikian, ia menunjukkan mereka terkena penyakit kencing manis tidak terkawal.

“Jadi tindakan awal perlu diambil jika seseorang merasakan tanda-tanda demikian. Antaranya ialah mengamalkan makanan seimbang seperti sistem pemakanan pyramid yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan. Pesakit sebaiknya mengurangkan mengambil makanan yang bergula, berlemak dan bergaram. Bagi mengurangkan kolesterol kita mesti mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan sering melakukan senaman dan memakan ubat tertentu,” kata beliau.

Dr Ismail menjelaskan, “Orang-orang muda yang merasa kebas, mereka sebenarnya tidak perlu mengambil vitamin. Pengambilan makanan sayur-sayuran dan buah-buahan tertentu sudah mencukupi. Sumber makanan tersebut sudah cukup baik untuk membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk badan.

“Pil vitamin hanya diperlukan kepada orang-orang sedang sakit, tidak berselera makan seperti orang-orang tua. Memakan makanan semula jadi sama ada ikan, sayuran dan buah-buahan lebih baik daripada pil vitamin. Malah makanan itu mengandungi banyak serat yang dapat mengelakkan kita terkena barah usus.

“Jika rasa kebas dialami oleh orang berusia 45 tahun ke atas, ujian akan dilakukan dengan teliti untuk meneliti sebab-sebabnya. Ia dijalankan bagi mengenal pasti keadaan pesakit tersebut jika dia dikaitkan penyakit-penyakit berbahaya.

“Bagi mereka yang tidak menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan tidak merokok, kita akan cuba menyoal apakah makna kebas sebenarnya bagi mereka, adakah ia berpunca dari hal-hal lain yang menyebabkan kebas. Kadangkala kebas itu merupakan psikologi pesakit sahaja. Jika mereka mengambil sesuatu jenis ubat yang biasa mereka makan, rasa kebas itu akan hilang,” tambah beliau.

Apabila diajukan pertanyaan, adakah rasa kebas mempunyai kaitan dengan beberapa jenis penyakit? Dr. Ismail menerangkan, “Jika kanak-kanak sering mengalami rasa kebas ia berpunca dari masalah kekurangan darah. Rasa kebas juga boleh menyebabkan petanda kepada beberapa jenis penyakit. Jika seseorang itu merasa kebas sebahagian badannya dari kepala hingga ke bawah, ia menandakan seseorang itu boleh terkena stroke atau lama-kelamaan terkena angin ahmar.”

Di akhir perbualan, Dr. Ismail menjelaskan, “Jika diteliti dari kumpulan kaum yang terdapat di Negara ini, kita dapat melihat bahawa kaum India dan diikuti orang Melayu lebih mudah terkena kebas serta sakit jantung kerana kumpulan tersebut banyak memakan makanan berlemak, bergula dan bergaram berbanding kaum Cina.”



Semoga Bermanfaat!

Salam Sayang,
Malin
xoxo