Showing posts with label soya. Show all posts

Protein untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum semua,

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Tiada kompromi. Nothing can replace breastmilk. Jadi mommies memerlukan diet yang sihat dengan amount kalori yang cukup untuk menghasilkan susu yang berkualiti. Nutrien yang cukup membantu memberi tenaga kepada mommies.
Salah satu nutiren tersebut adalah, protein. Ia sangat penting untuk mommies yang menyusu.

Apa itu Protein?

Protein adalah nutrien yang membantu membina tisu dan perkembangan tubuh badan. Asid amino dalam protein membantu dalam pembentukan kuku, kulit dan organ lain. Kedua dua mommies dan babies memerlukan protein yang cukup untuk memastikan badan boleh dibina, dibaiki dan membantu mengekalkan otot , tisu dan organ. Makanan seperti ayam, daging, telur, susu, kekacang, kaya dengan sumber protein.

Protein dan menyusu

Mengambil protein yang cukup semasa mengandung membekalkan mommies nutrisi yang cukup untuk mengekalkan tisu dan memastikan susu mommies membekalkan protein untuk pertumbuhan tisu, organ, otot dan otak bayi.

Protein Membantu Mommies untuk turunkan berat badan. 

Jika berat badan anda bertambah secara berlarutan, diet yang kaya dengan protein dapat membantu anda menurunkan berat badan sambil tetap membekalkan anda dengan nutrisi yang optimum. Perunding laktasi yang disahkan oleh lembaga antarabangsa, Kelly Bonyata (IBCLC), mengesyorkan penurunan pengambilan lemak dan meningkatkan pengambilan protein semasa menyusu boleh membantu mengekang selera makan anda dan membantu anda menurunkan berat badan.