Rutin Mak Berpantang

Anak anak tidur, Umi cepat cepat lunch. Kang adik ek ek ek minta susu, takdan makan pulak kan.

Lepas makan amik vitamin wajib.

Vitamin C - untuk imunisasi & sembuhkan luka jahitan. Baru ni bersalin kan si Khadijah, koyak 1st degree tear.

B Complex - si anti stress & bekal tenaga berpanjangan. Bantu tukar makanan kpd tenaga.

GLA Complex - imbankan hormon ibu lepas bersalin & lancarkan darah nifas.

Ibu ibu dah ada set berpantang? Meh roger Umi Khadijah.
0179088812

#mydailyshaklee

Belajar dari Kesilapan : Pengalaman Menyusukan Saif

Masa bersalin kan Saif, niat semangat utk BF Saif ada, ilmu pun ada tapi setakat baca baca camtu je lah.

Nyaris juga give up sebab 'nipple cracked' dan selalu 'breast engorged'. Sampai demam. Bayangkan dalam pantang demam.

Pergi jumpa Doktor, Doktor suruh bagi Saif FM. Logiknya, Umi boleh rehat, orang lain boleh bagi Saif susu. Solusi breast engorged takde pun.

Saif prolonged jaundice, check up sebulan berat dia naik 300 gram je which tak cukup. Sepatutnya kena naik 600g - 1kg.

Doc suruh pam dan bagi 3oz per 3 hourly.

Tapi Umi tak buat pun. Umi pulun menyusukan Saif kerap esp waktu malam.

Check up 2 bulan naik 1kg lebih.  Syukur.

Ibu ibu, kalau ada masalah penyusuan, cepat cepat dapatkan bantuan dengan mereka yang ahli dalam bidang penyusuan.

Jangan cepat cepat jatuh hukum yang susu ibu ni tak berkhasiat. Tak cukup nutrien. Sedangkan susu ibu adalah yang terbaik.

Anak tak naik berat mungkin sebab penyusuan dia tak effective, latching salah, atau ada tounge tie, atau hanya dapat foremilk & etc.

Ceritakan masalah dengan se detail mungkin supaya kami kami ni dapat troubleshoot masalah ibu ibu.

Kena belajar berlapang dada dan menerima nasihat kalau betul betul nak berjaya menyusukan anak.

Determination dan effort harus dari ibu. Kami hanya boleh bantu beri nasihat dan consultation sahaja.

#NotaUmmuSaif
#Walkthejourneywithme
#KZBFJourney

Facial Mobile Spa By Malyn

Assalamualaikum semua.

Apa khabar? Hopefully sihat sihat aje ok!

Harini saya nak share tentang servis terbaru saya iaitu......

Facial Mobile Spa By Malyn

Ini basically adalah servis facial spa ke rumah. Maksudnya, saya pergi ke rumah anda untuk servis facial.

Kadang kadang orang tak ada masa untuk pergi ke spa & saloon untuk belai muka. Yelah, sibuk kan. Kerja lagi. Anak anak lagi tak ada yang nak urus & jaga.

Jadi inilah peluang anda untuk rasa dibelai wajah dirumah.

So tak perlu nak drive, tak perlu keluar duit minyak. Anak anak pun masih depan mata.

At the same time, wajah pun besih berseri selepas di servis. Hehe.

Akak cover area mana?
Haaaa, untuk yang berada di Beranang & Mantin. Transportation caj is FREE. Tapi untuk yg diluar kawasan, adalah caj sikit. Datang jauh jauh kan. Hehe.

So boleh book slot masing masing k.

Produk apa yg akak guna? Of course la, produk berkualiti tinggi!

YOUTH SHAKLEE

Produk bukan calang calang. Produk dah undergone 8 years of clinical study.

Best kan?

Here are the packages. Boleh refer gambar.

Jom cantik bersama samaa!

Boleh check out Instagram Akak ok!

facial_mobile_spa_beranang_semenyih
0179088812

AMALINA MOHAYIDIN
#YouthByDoozyBeauty
#malynfacialmobilespa

B COMPLEX SHAKLEE DIKECUALIKAN GST!

TAHUKAH ANDA?

Shaklee B Complex with Acid Folic dikecualikan dari dikenakan GST tau!

Sebab dah disenaraikan dalam National Essential Medicine List. (Starting January 2017)

Vitamin wajib ambil untuk semua lelaki & wanita. Kalau anda tanya brand Acid Folic yang terbaik?

Mestilah saya jawab, Shaklee!

1. Why I chose B-Complex Shaklee?

📌B-Complex Shaklee menawarkan kesemua 8 jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.

📌B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga

📌Asid folik dan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh

📌Paras asid folik yang mencukupi dalam diet dapat mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk hamil, sebelum hamil dan dalam 12 minggu pertama kehamilan dengan dos harian sebanyak 400 mcg.

So, apa kelebihan dan kebaikan B-Complex Shaklee?

Diringkaskan, B-Complex Shaklee:

📌membantu untuk fungsi normal saraf (sakit-sakit urat dan rasa menyucuk tu sesuai lah)
📌untuk metabolisme badan
📌memberi tenaga
📌cegah anemia dengan membantu penghasilan sel darah merah
📌galakkan perkembangan sel yang sihat
📌memberi ketenangan & elak stress
📌kuatkan antibodi badan
📌membantu pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat
📌membantu sintesis DNA dan sel-sel badan

Roger akak!
0179088812

#mydailyShaklee

BREASTFEEDING: SOKONGAN SUAMI SGT PENTING

Let me share ye, I know dalam ni ramai ibu ibu muda mcm umi. Bukan muda umur ye. Muda pengalaman. Ramai kawan2 umi dalam FB ni ibu anak sorang, ibu baru pertama kali hamil, yg baru kahwin. Mungkin boleh ambil yg jernih dalam cerita umi ni.

Umi dulu, memang sebelum pregnant lagi dah niat kalau Allah bagi rezeki anak, umi nk susukan dia sampai 2 tahun. Niat bukan syok sendiri ye. Umi bagitahu ayah. Supaya dia faham dan boleh bantu later on.

Dua dua baru nak masuk alam parenting. Takde pengalaman. Jadi apa yg boleh umi & ayah buat, selain ambil nasihat our parents, adalah membaca. Cari ilmu at least basics. So, umi dengan gigih print out semua notes breast feeding yg ada kt FB kak fazi & baca perlahan2. Ayah pun umi suruh baca & faham.

Jadi lepas bersalin, alhamdulillah Saif terus pandai hisap walau tak betul2 pandai lagi. Ni lah cabaran nya. Di awal2 kelahiran, ilmu ada sikit tapi takde pengalaman. Semua yg berlaku adalah pertama kali to both of us.

Dalam 2 minggu pertama tu. Umi tak betul2 sihat lagi. Demam on off. Nak bentan jugak la rasa nya. Menggigil yg tak boleh control tu. Nak terpengsan kt bilik air pun ada. Demam bengkak susu sebenarnya tapi 2 2 taktau kan. So decide g klinik. Dah cek2 jumpa doc semua.

Doc pun ckp: "Puan, saya bukan tak sokong breastfeeding, tapi dengan keadaan puan mcm ni saya cadangkan puan bagi susu alternatif dulu buat sementara. Ada banyak brand kt pasaraya, so puan boleh berehat sampai sihat, baby biar ayah bagi susu"

Camtu lah lebih kurang. Umi yg tgh emosi tak berapa nk stabil, badan lemah, mmg nak setuju dgn idea tu. Tak ingat dah keazaman yg tinggi kengkunun nk susukan anak sampai 2 tahun tu.

Otw balik dari klinik, umi tanya ayah, "kita taknak singgah kedai ke cari susu?"

Ayah jawab, "Takpelah dulu, lain kali kita cari, sian Saif kene tinggal kt rumah tu"

Pandai ayah, dia tak terus kata tak boleh. Ayah just cari alasan lain. Sebab dia tau niat umi awal2 pregnant dulu. Plus dia juga ada membaca.

Bayangkan ayah taktau apa2, mesti dah berikan Saif susu lain padahal umi ada je susu.

See, penting nya peranan suami dalam menyokong isteri. Since then, umi lupa dah idea doc tu. And sekarang baru umi nampak hikmah kenapa ayah ckp cmtu.

Ibu ibu ayah ayah membaca lah. Umi & ayah pun banyak lagi kene belajar. Bukan apa, at least bila ada benda2 yg kita tak expect berlaku, sekurang2 nya ibu ada ayah utk menyokong dia. Bukan biarkan ibu terkontang kanting sendirian.

Tapi betul ke, org kata org kita ni tak berapa nk membaca?

So, sapa baca status ni sampai habis? Cuba belanja sticker sikit.

Ps: baru balik hantar bekalan kt anakanda Aqiff ❤