KELIRU PUTING - NIPPLE CONFUSION


KELIRU PUTING (NIPPLE CONFUSION)

Banyak sangat kes nipple confusion. Kalau ada 10 ibu yang PM Umi, 7-8 dari nya, mesti tentang keliru puting.

Bagaimana keliru puting ni terjadi?

Ini terjadi bila baby di perkenalkan kan dengan puting tiruan (pacifier), puting botol susu dan yang seangkatan dengan nya.
Khadijah Below 30 old days


Mekanisme hisapan melalui botol dan hisapan secara terus di payu dara adalah berbeza.

Hisap melalui botol lebih mudah. Tak perlu kerja keras. Bagi bayi yang baru lahir, pengenalan puting tiruan terlalu awal boleh memudaratkan proses penyusuan.

Secara logik, bayi baru lahir baru nak belajar menyusu, baru nak belajar melekap dengan betul. Ibu juga baru nak belajar menyusu anak. Pemberian bottle teat, boleh mengganggu penyusuan ibu dan anak.

Sebab tu, bayi umur bawah 30 hari, kita kena elakkan pengenalan botol susu dan puting tiruan. Belajar melekap betul betul dulu. Usaha dapat latching and positioning yang betul dan selesa.
Ini proses pembelajaran untuk ibu dan bayi. Jangan expect, baby keluar terus boleh latch dengan baik. Bak kata nenek moyang kita, ‘Practice makes perfect’.

Khadijah dah pandai meniarap, 4 mo
Analoginya, kita orang dewasa pun nak benda mudahkan?

Sebagai contoh, you nak minum air kelapa. Which one you pilih? Kait kat pokok, then bukak sendiri dengan parang then tuang dalam cawan. Atau, you pergi kedai, beli satu biji, orang siap kupaskan letak dalam gelas siap ice.

Mana lagi mudah? Of course beli kat kedai. Betul?

“Malin, tapi kalau nak berurut, mesti mak atau ayah baby yang kena bagi. Kena guna bottle la kan?”
Kalau situasi camni, boleh marmet susu. Then, bagi susu guna cup/sudu/syringe. Tak pandai? Boleh belajar. Ada banyak video kat YouTube.

Kalau ibu takde dengan baby, baby kena warded sebab jaundice macam mana pulak? Sama je darling darling. Feed guna cup/syringe/sudu. Ni hospital rakan bayi tahu pasal ni.

Ibu bila takde dengan bayi, kena pam susu setiap 2-3 jam sekali around the clock. Ini untuk kekal kan stimulation. Pam boleh tiru mimik hisapan bayi bila bayi tiada dengan ibu.

“Anak aku ok je bagi botol masa umur sehari. Ko bagi je guna botol. Boleh rehat.”

Anak dia boleh, anak kita belum tentu ya! So jangan ambik risiko. Sebab tu polisi penyusuan kebangsaan salah satu nya adalah ‘Elakkan pemberian puting tiruan dan botol susu kerana ia boleh mengganggu penyusuan susu ibu.’

‘Penat lahhhhh’

Dah jadi ibu memang penat dikkkk. Nak rehat tidur lena tunggu anak besar dulu. Hehehe.

KALAU DAH CONFUSE, APA NAK BUAT?

Ada harapan lagi untuk direct feed? Ada. Kena kuat semangat. Sabar.

Apa ibu ibu boleh buat.

1) Stop bottle feed, feed guna cup/syringe/sudu
2) Skin to skin hari hari selama yang boleh. Bagi baby explore breast. Bagi baby bau dan rasa hangat tubuh ibu.
3) Ibu kene jaga jadual pam untuk maintain supply.
4) Sabar banyak banyak. Always be positif, doa dan visualize dengan rasa syukur yang anak dah direct feed.
5) Do not ever give up.

Proses ni memang ambik masa. Ada yang lepas sebulan baru latch balik, ada yang ambik masa few months.

So at the 1st place, please do not introduce bottle or pacifier ok.

Masa mengandung, please study banyak banyak, attend kelas yang sesuai.

 Salam Sayang
Kaunselor Laktasi Bertauliah