Selamat 26 Tahun!

Assalamualaikum wbt,

Dah lama tak menulis rasa nya. Agak huru hara 2 3 minggu ni.

-22021988-22022014-

Dah 26 tahun hidup. Alhamdulillah, Allah bagi pinjam nyawa, mata, tangan, hidung, mulut, perut, rambut, hati, jiwa, nikmat mendengar, melihat, merasa sedap manis pahit, disayangi dan menyayangi, digembirakan dikecewakan.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Allah izinkan semua tu.
Sesungguh nya semua dari Dia.

Merangkak, berjalan, jatuh, bangkit, jatuh terduduk lalu tersembam, bangun kembali. Tiada lain pengalaman yg mengajar erti kedewasaan. Alhamdulillah for a year wiser ya Allah!

Mama, Papa, adik adik, saudaramara, sahabat sahabat, kawan kawan, usrahmates, daurahmates, classmates, bisnessmates, cikgu cikgu lecturers, customers, and sesiapa sahaja yg pernah kenal, pernah jumpa, terserempak dimana mana seminar programs hatta dijalanan, fb/ig/twitter/G+ friends and semua yg pernah menyentuh kehidupan ini. Kalian kurnian dan pinjaman Allah. InsyaAllah, moga ada ibrah nya di sebalik perkenalan itu walau sebahagiannya singkat cuma. Didoakan semuanya sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. Alhamdulillah for the great company. 

Untuk Ma, Pa, terima kasih kerana tidak pernah putus harap,
Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kelangsungan hidup anak mu ini.

At this age, tiada apa yg diharapkan selain kelapangan masa dalam kesibukan (masa yang berkah), ketenangan hati dan jiwa dalam setiap cabaran dan urusan, kemudahan dalam setiap dugaan, jiwa yg selalu berlapang dada.

Semoga Allah ampunkan dosa dosa semalam, semoga kalian semua juga mengampuni diri ini jika sekiranya pernah melukakan kalian. Semoga kalian juga mengampunkan saya. Kadang bicara tiada bertapis, emosi diluar kawalan, reaksi tiada dijangka. Mohon maafkan. Semoga hari yg mendatang sentiasa dalam redha Allah. Semoga hati ini hati yg sentiasa mengingati Dia. Semoga hati ini hati yg sentiasa redha dengan setiap apa yg Engkau berikan. Semoga hati ini hati sentiasa meletakkan 100% pergantungan nya pada-Nya. Semoga hati ini juga hati yg mampu menyentuh hati hati lain utk sentiasa mengingati Mu. Sesungguhnya hidayah itu milik Dia, semoga kita semua sedar dikala hidayah menyapa. Aminnn.


Gambar pinjam : Mariya Cake House

Again, Selamat 26 Tahun! 

A year closer to sakaratul maut. 
Are you ready?



P/S: Untuk semua, sempena ulangtahun kelahiran ini, saya dengan berbesar hati ingin memberi harga istimewa untuk setiap pembelian supplement Shaklee, boleh refer sini utk senarai produk. Hubungi 0179088812/0136038674 utk info dan harga istimewa!