KELIRU PUTING (NIPPLE CONFUSION)
Banyak sangat kes nipple confusion. Kalau ada 10 ibu yang PM
Umi, 7-8 dari nya, mesti tentang keliru puting.
Bagaimana keliru puting ni terjadi?
Ini terjadi bila baby di perkenalkan kan dengan puting
tiruan (pacifier), puting botol susu dan yang seangkatan dengan nya.
![]() |
Khadijah Below 30 old days |
Mekanisme hisapan melalui botol dan hisapan secara terus di
payu dara adalah berbeza.
Hisap melalui botol lebih mudah. Tak perlu kerja keras. Bagi
bayi yang baru lahir, pengenalan puting tiruan terlalu awal boleh memudaratkan
proses penyusuan.
Secara logik, bayi baru lahir baru nak belajar menyusu, baru
nak belajar melekap dengan betul. Ibu juga baru nak belajar menyusu anak. Pemberian
bottle teat, boleh mengganggu penyusuan ibu dan anak.
Sebab tu, bayi umur bawah 30 hari, kita kena elakkan
pengenalan botol susu dan puting tiruan. Belajar melekap betul betul dulu.
Usaha dapat latching and positioning yang betul dan selesa.
Ini proses pembelajaran untuk ibu dan bayi. Jangan expect,
baby keluar terus boleh latch dengan baik. Bak kata nenek moyang kita, ‘Practice
makes perfect’.
![]() |
Khadijah dah pandai meniarap, 4 mo |
Analoginya, kita orang dewasa pun nak benda mudahkan?
Sebagai contoh, you nak minum air kelapa. Which one you
pilih? Kait kat pokok, then bukak sendiri dengan parang then tuang dalam cawan.
Atau, you pergi kedai, beli satu biji, orang siap kupaskan letak dalam gelas
siap ice.
Mana lagi mudah? Of course beli kat kedai. Betul?
“Malin, tapi kalau nak berurut, mesti mak atau ayah baby
yang kena bagi. Kena guna bottle la kan?”
Kalau situasi camni, boleh marmet susu. Then, bagi susu guna
cup/sudu/syringe. Tak pandai? Boleh belajar. Ada banyak video kat YouTube.
Kalau ibu takde dengan baby, baby kena warded sebab jaundice
macam mana pulak? Sama je darling darling. Feed guna cup/syringe/sudu. Ni
hospital rakan bayi tahu pasal ni.
Ibu bila takde dengan bayi, kena pam susu setiap 2-3 jam
sekali around the clock. Ini untuk kekal kan stimulation. Pam boleh tiru mimik
hisapan bayi bila bayi tiada dengan ibu.
“Anak aku ok je bagi botol masa umur sehari. Ko bagi je guna
botol. Boleh rehat.”
Anak dia boleh, anak kita belum tentu ya! So jangan ambik
risiko. Sebab tu polisi penyusuan kebangsaan salah satu nya adalah ‘Elakkan
pemberian puting tiruan dan botol susu kerana ia boleh mengganggu penyusuan
susu ibu.’
‘Penat lahhhhh’
Dah jadi ibu memang penat dikkkk. Nak rehat tidur lena
tunggu anak besar dulu. Hehehe.
KALAU DAH CONFUSE, APA NAK BUAT?
Ada harapan lagi untuk direct feed? Ada. Kena kuat semangat.
Sabar.
Apa ibu ibu boleh buat.
1) Stop bottle feed, feed guna cup/syringe/sudu
2) Skin to skin hari hari selama yang boleh. Bagi baby
explore breast. Bagi baby bau dan rasa hangat tubuh ibu.
3) Ibu kene jaga jadual pam untuk maintain supply.
4) Sabar banyak banyak. Always be positif, doa dan visualize
dengan rasa syukur yang anak dah direct feed.
5) Do not ever give up.
Proses ni memang ambik masa. Ada yang lepas sebulan baru
latch balik, ada yang ambik masa few months.
So at the 1st place, please do not introduce bottle
or pacifier ok.
Masa mengandung, please study banyak banyak, attend kelas
yang sesuai.