CERITERA BREASTFEEDING
2 hari
lepas, Umi berkesempatan berurut dengan tukang urut ibu ibu baru lepas
bersalin. Acik ni kawan mama masa sekolah dulu. Dah sakit sakit badan tu, terus
minta mama book kan acik ni untuk urut. So acik setuju untuk datang pagi tu.
Dah macam tu petang la baru pergi klinik. Taktau pulak I was suspecting with
Dengue. Hahaha. Takpe la put aside cerita tu.
Yang Umi
nak cerita adalah tentang hasil berbual Umi dengan acik tu. Sambal sambal tu
borak la pengalaman dia mengurut. She like impressed with me sebab boleh supply
Khadijah dengan susu ibu, boleh supply susu dekat anak anak susuan.
So sambil
sambil tu dia belajar la sikit2 dengan Umi how breastfeeding works kan.
Cerita 1
Mommy anak
pertama, berpantang dan dijaga oleh ibu dan nenek nya. Anak jaundice. Nenek tak
bagi bagi baby susu ibu sebab mommy kene pakai param, pilis and all the jamu. So, sebab anak jaundice, mommy tak bagi susu
dia kat baby, dia perah, dia buang. Baby dia bagi minum susu kambing.
Allahu. Umi
dalam hati, kesian nyaaaa. Acik tu try jugak lah cakap, bagilah susu ibu,
sayang susu kolustrum tu, tak payah pakai lagi pilis param tu, nanti jaundice
dah baik baru pakai balik. Nenek si mommy tadi tu dah pandang semacam je kat
acik ni.
Indeed,
knowledge is powerful.
Cerita 2
Mommy anak
pertama juga, tetapi menyusu sebelah breast sahaja. Dia merasa kan puting yang
sebelah lagi tu tiada, hence baby tak boleh menyusu. Umi bagitahu acik, boleh
je menyusu, sebab baby melekap pada areola bukan pada putting. Mommy might need
to assist baby to latch. Kene try few positions, most probably, football hold
may help baby to latch correctly. Mommy kene dapatkan bantuan.
Again,
knowledge is powerful.
Cerita 3
Yang ni
bukan dapat masa mengurut, ni dapat masa check up Khadijah kat klinik desa.
Terdengar perbualan nurse dan emak kepada seorang kanak kanak perempuan berumur
1 tahun 9 bulan. Puan tersebut mencerita kan tentang semua perkembangan anak
nya. Sampai satu statement, “Dia dah tak mau minum susu botol (umi assume
formula), tapi kalau saya bagi dia air oren ke ribena ke dalam botol tu, habis
dia minum!”
Terdengar nurse balas, “air tu manis, memang la dia suka.” Emak nya
masih macam ok je bagi anak minum air macam tu. Mungkin dia fikir air tu banyak
khasiat. Well iklan kan TV kan air ribena pun ada macam macam vitamin. (omg, I
cannot brain) padahal gula lagi banyakkk!
Kesian
orang Malaysia ni banyak sangat dimomok kan dengan makanan ‘berkhasiat’ kat TV
sebab tu Malaysai antara negara tertinggi di Asia yang ramai penduduk nya
OBESITI. Obesiti leads to other penyakit tau.
Umi tengok
semua orang rasa nak semua orang Detox dan remove sugar dalam kehidupan.
Again,
knowledge is very very powerful.
Dapat
sesuatu tak dari cerita diatas? Umi percaya uols dapat sesuatu dari ketiga tiga
cerita di atas. Semoga dapat jadi pengajaran kepada semua especially ibu dan
ayah.
Apa apa
pun please rujuk pada yang pakar dalam bidangnya. Then do not expect that they
know everything.
Kalau
korang dapat pengajaran dari cerita diatas, boleh SHARE di komen ok!
Salam
Sayang,
Amalina
Mohayidin
Kaunselor
Laktasi Bertauliah.