Tips Hantar Susu Kepada Pengasuh

Assalamualaikum Semuaaaaa. lama tak membebel. ahahah

Hari Jumaat lepas adalah hari pertama mula kerja setelah 60 + 7 hari maternity leave. Tapi boleh relax relax lagi kot sebab kelas mula 24th September. 

Dah lama kan tak cakap cakap pasal breastfeeding kat Projek Susu? Selalu tiap2 minggu ada LIVE. Huu. Dah duk berpantang, cuti la jap LIVE. Takdan nak pantang gaya retis. Rupa Kak Limah je mampu. Hahaha. 

InsyaAllah, ada planning untuk kembali ‘LIVE’ dan planning for clasess untuk ibu ibu. Ada yang nak join? hehehe

So harini nak share tips bagaimana nak hantar susu kat baby sitter (BS). Since Khadijah duduk dengan nenek je, so, it is much more easier lah kan. Alhamdulillah.

Ok. Here we go!

1) Mommies kene la inform BS yang mommies nak anak menyusu susu ibu yang dibekalkan sahaja. 

2) Kene pastikan yang BS pandai handle EBM. ( to BSs, jujur ya, kalau tak pandai, bagitahu, kalau taknak pun bagi tahu, supaya tak timbul masalah dikemudian hari)

3) Untuk memudahkan kerja BS, sediakan siap-siap susu ikut feeding. Let say, baby minum 2oz setiap kali 1-1.5 hours, so sediakan 2oz susu sebanyak 6-7 botol untuk 8jam kerja. Ni contoh je tau. Tak applicable untuk semua baby. Mommies sepatutnya lebih faham baby anda. 

4) Dan labelkan botol tersebut dengan numbering. 1-7. So, BS faham la yang mana patut bagi dulu. Kenapa nak numbering? Because sometimes, ada mommies yang bekalkan susu frozen. Susu frozen ni kene habiskan dalam masa 24 jam kan. So, kene bagi awal awal takut takut, kalau susu tu tak habis, dah tak boleh simpan balik. If susu chiller, then boleh simpan balik untuk bekalan esok.

5) Kalau ibu berkemampuan, boleh la sediakan puting siap siap untuk setiap botol tu. So, BS tinggal nak panaskan je. Puting size biasa bukan wideneck mungkin boleh fit to storage bottle. Depends la. Uol lagi terror kot bab ni. Umi tak pandai sangat. Sebab Saif and Khadijah so far takde masalah dengan puting. Dia terima je apa adanya. And Umi guna botol Tommie Tippie je. Murah.

6) Ok. Susu tadi boleh letak dalam cooler bag. Jangan lupa letak ice packs. Ni jika taknak tumpang peti BS la. Kalau BS ok je letak dalam peti dia, boleh la tompang. If tak selesa, letak je dalam cooler bag. 

7) Kalau boleh print siap siap & laminate cara-cara simpan susu dan cara panaskan susu kepada BS. Boleh letak kat cooler bag tu. So, BS boleh baca if dia terlupa ke apa ke kan.  Boleh juga letak nota tentang ‘Teknik Paced Feeding’. So, takdelah isu ‘SUSU TAK CUKUP’ insyaAllah.

8) Lastly, doa banyak banyak dapat BS yang penyayang dan boleh sayang anak kita macam anak sendiri. Lagi syukur kalau dapat BS yang breastfeeding supporters. Sentiasa doa anak kita sentiasa dalam jagaan Nya dan jauh dari segala mala petaka. 

Cukup tak tips ni? Ada apa apa nak tanya? Boleh drop komen ok. 

Mak anak 2 + 7. 
MashaAllah, Alhamdulillah, dah bertambah anak anak. Nanti Umi introduce lagi 2 anak susuan.