Assalamualaikum Semua~
Harini terbaca artikel ni, ada one of my Facebook friends share. So, akak pun nk gak la tepek kt sini. Nanti boleh baca lagi. Artikel ni ditulis oleh, Zaitie Satibi (zaisa@hmetro.com.my). Basically, artikel ni tentang kesuburan. Selalu nya, bila masalh kesuburan, perspektif masyarakat kita menghalakan hal tersebut kepada kita para wanita. Tetapi, sebenarnya, Maslah kesuburan ni, tak mengira jantina. lelaki juga boleh mengalami ketidaksuburan. So, jom baca lebih lanjut. Moga-moga dapat membantu anda yg sedang berusaha utk mendapatkan zuriat. :)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pasangan
suami isteri dikatakan mengalami masalah kesuburan apabila masih tidak
memperoleh zuriat dalam tempoh 12 bulan melakukan hubungan kelamin tanpa
perlindungan (selepas setahun berkahwin), manakala enam bulan bagi isteri
berusia bawah 35 tahun.
Ketidaksuburan
juga merujuk kepada wanita yang sering mengalami keguguran dan tidak dapat
meneruskan kandungan hingga bayi dilahirkan.
Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO), Persatuan Ubatan Reproduktif Amerika (ASRM) dan Kolej
Perbidanan dan Ginekologi Amerika (ACOG) juga mengenal pasti ketidaksuburan
sebagai satu penyakit akibat sistem pembiakan lelaki dan wanita yang tidak
berfungsi dengan normal. Dianggarkan ketidaksuburan ini berlaku kepada satu
pasangan bagi setiap tujuh pasangan suami isteri.
Oleh
itu, masalah terbabit adalah perkara biasa yang sering dihadapi pasangan
berusia antara 20 hingga 45 tahun. Malah, peluang seseorang wanita cuba untuk
mengandung tanpa rawatan sewajarnya adalah rendah.
Jika
mereka tidak memperoleh zuriat dalam tempoh berkenaan (tahun pertama
perkahwinan), peluang mendapat anak semakin rendah setiap bulan dan semakin
tipis seiring dengan peningkatan usia isteri.
Bagi
mendapatkan zuriat, ovum atau telur perlu disenyawakan dengan sperma dan ovum
itu dilepaskan dari ovari dalam tempoh kesuburan yang berlaku sekali dalam
sebulan iaitu antara 12 hingga 16 hari dari hari terakhir datang haid jika
kitaran haid wanita berkenaan normal antara 28 hingga 30 hari.
Perunding
Obstetrik, Ginekologi dan Pakar Kesuburan, Pusat Perubatan Sunway (SunMed), Dr
P Kannappan berkata, masalah kesuburan sebenarnya berlaku tidak kira jantina
kerana statistik menunjukkan faktor lelaki dan wanita menyumbang kepada masalah
kesuburan adalah sama.
“Dalam
kalangan pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, anggaran 40 hingga 50
peratus kes disebabkan suami, 40 peratus lagi disebabkan isteri, manakala 10
hingga 20 peratus lagi adalah kombinasi suami dan isteri.
“Bagi
wanita, ketidaksuburan disebabkan sistem peranakan bermasalah seperti ovari
tidak menghasilkan ovum ketika ovulasi disebabkan pelbagai punca.
“Antara
puncanya, masalah ovari seperti menopaus awal, menghidap penyakit sindrom ovari
Polisistik (PCOS), sakit kronik berpanjangan seperti diabetes, kanser atau
kegagalan buah pinggang, kesan sampingan ubatan seperti kemoterapi atau
pengambilan dadah dan masalah genetik.
“Malah,
gangguan hormon menjejaskan ovulasi seperti terlalu banyak hormon prolactine
yang dihasilkan kelenjar pituitari, terlalu banyak atau terlalu sedikit hormon
thyroxine yang dihasilkan kelenjar tiroid, pertambahan atau kekurangan berat
badan juga menjejaskan pengeluaran hormon,” katanya.
Menurutnya,
masalah membabitkan tiub falopia, serviks dan rahim juga menyebabkan isteri
sukar hamil antaranya menghidap endometriosis iaitu ketumbuhan selaput dinding
rahim (endometrium) di luar rahim, jangkitan pada rahim dan tiub Fallopio.
Selain
itu, katanya, penyakit radang pelvik (PID) disebabkan kuman klamidia,
komplikasi pembedahan membabitkan tiub Fallopio, serviks dan rahim serta ketumbuhan
fibroid dalam rahim juga menjadi punca sukar hamil.
Bagi
lelaki pula, ketidaksuburan dikaitkan dengan penghasilan sperma tidak
berkualiti dari segi kuantiti, pergerakan dan bentuk. Bagaimanapun, ada
segelintir lelaki dilahirkan dengan buah zakar yang tidak dapat menghasilkan
sperma sama sekali atau sperma dihasilkan sangat sedikit.
Namun,
banyak faktor menjejaskan penghasilan sperma dan ketidaksuburan lelaki,
termasuk kesan sampingan sesetengah ubatan, pengambilan dadah, gangguan hormon,
ketumbuhan pada zakar dan komplikasi pembedahan di bahagian kemaluan.
“Penghasilan
sperma juga boleh terjejas akibat jangkitan pada zakar oleh kuman daripada
penyakit jangkitan seks. Malah, lelaki yang akil baligh dan terkena penyakit
beguk juga berisiko mandul kerana kuman penyakit itu menyerang kilang sperma
sehingga tiada langsung sperma dihasilkan.
“Selain
itu, lelaki yang terdedah kepada bahan radioaktif atau kimia atau haba tinggi
di tempat kerja, mengalami kecederaan di bahagian kemaluan akibat kemalangan
atau bersukan juga berisiko mengalami ketidaksuburan.
“Bagaimanapun,
ada juga lelaki subur tetapi tiada ereksi ketika melakukan hubungan kelamin
disebabkan masalah saraf yang mungkin tercedera atau masalah psikologi,
menyebabkan sperma tidak dapat dipancut keluar,” katanya.
Dr
Kannapan berkata, amalan gaya hidup tidak sihat dan pengambilan makanan tidak
seimbang serta berlebihan juga menyumbang kepada ketidaksuburan membabitkan
lelaki dan wanita.
“Berat
badan juga memainkan peranan dalam tahap kesuburan seseorang apabila berat yang
berlebihan mengundang pelbagai penyakit yang menjejaskan penghasilan ovum dan
sperma.
“Bagi
lelaki obes, tahap kesuburannya merosot akibat hormon tidak seimbang, manakala
wanita obes atau terlalu kurus pula berdepan masalah gangguan hormon sehingga
jarang mengovulasi atau langsung tidak mengovulasi.
“Biasanya,
selepas berkahwin, kira-kira 95 peratus isteri akan bertambah berat badan
sebanyak lima hingga 20 kilogram (kg), manakala 70 peratus lelaki akan
bertambah berat sebanyak lima kg.
“Selain
itu, tekanan perasaan akibat bebanan kerja atau masalah lain serta merokok
menyumbang kepada ketidaksuburan,” katanya.
Beliau
berkata, pasangan baru berkahwin dan belum mendapat zuriat walaupun mencuba
dalam tempoh enam bulan atau lebih, digalakkan menemui pakar kesuburan kerana
pengesanan awal mampu merancang kaedah rawatan sebagaimana wajar diberikan.
Sementara
itu, Pengurus Pusat Kesuburan SunMed, Yee Siew Yin berkata, pasangan yang
mengalami ketidaksuburan kini berpeluang menimang cahaya mata dan seterusnya
memulakan keluarga menerusi teknologi maju yang semakin berkembang dalam
rawatan kesuburan.
Rawatan
bermula dengan mencari punca masalah kesuburan membabitkan penilaian terhadap
suami isteri sebelum memulakan kaedah rawatan yang bersesuaian dikenali Teknik
Reproduksi Dibantu (ART). Suami terlebih dulu menjalani ujian air mani bagi menganalisis
kualiti dan kuantiti spermanya.
“Sperma
berkualiti diukur dari segi bilangan, pergerakan dan bentuk. WHO menurunkan
tahap normal kesuburan lelaki apabila menanda aras kira-kira 32 peratus
daripada 39 juta sperma bagi setiap satu mililiter (ml) bergerak aktif, dengan
empat peratus daripadanya mempunyai rupa bentuk sempurna membabitkan bahagian
kepala, leher dan ekor.
“Berbanding
15 tahun lalu, lelaki dikatakan subur apabila 50 peratus daripada 40 juta
sperma bagi setiap satu ml bergerak aktif, dengan 15 peratus daripadanya
sempurna sifat. Sperma tidak normal apabila didapati kepala terlalu besar atau
kecil atau berkepala dua, manakala leher dan ekor pula terlalu panjang atau
pendek.
“Pembedahan
mengeluarkan sperma dijalankan jika wujud halangan yang mencegah sperma
memancut secara normal disebabkan kecederaan atau jangkitan, kecacatan
kongenital apabila suami dilahirkan tanpa vas deferens iaitu tiub yang
menyalurkan sperma dari zakar, vasektomi dan zakar yang menghasilkan terlalu
sedikit sperma sehingga tidak mampu mencapai tiub berkenaan.
“Kaedah
rawatan kesuburan lain yang popular seperti persenyawaan invitro (IVF),
permanian beradas (IUI) dan merancang kehamilan menerusi waktu subur
seseorang,” katanya.
Menurutnya,
rawatan kesuburan juga membabitkan suntikan sperma secara intra sitoplasmik
(ICSI) iaitu sperma tunggal yang sihat disuntik ke dalam ovum menggunakan
jarum halus disebabkan sperma berkenaan mengalami
kesukaran
untuk menembusi ovum atau bilangan sperma yang sangat rendah.
“Menerusi
penetasan dibantu laser (LAH) yang biasanya dikenakan kepada embrio yang
mencapai tahap untuk membelah sebelum dipindahkan semula ke dalam rahim, bukaan
kecil dibuat di lapisan luar embrio bagi membantu embrio dipecahkan keluar
untuk meneruskan proses implantasi.
“Biopsi
embrio dijalankan terhadap isteri berusia lebih 35 tahun kerana pada usia itu
kehamilan mereka berisiko mengalami kromosom tidak normal dan penyakit genetik.
Dalam proses ini, sampel sel diambil dari embrio untuk saringan genetik.
“Selain
itu, pemindahan pengkulturan blastocyst iaitu embrio yang berbelah dalam tempoh
lima hingga enam hari selepas disenyawakan juga dijalankan di pusat ini dan
menerusi kaedah ini doktor dapat memilih embrio berkualiti yang dapat
membuatkan wanita hamil kerana tidak semua embrio mampu mencapai tahap
blastocyst dalam rahim atau di makmal,” katanya.
Pusat
Kesuburan SunMed juga menyediakan bank sperma dan ovum yang melakukan
penyimpanan secara pembekuan bagi membolehkan benih manusia itu digunakan pada
masa depan untuk tujuan persenyawaan yang tidak dapat dilakukan ketika ini atas
sebab tertentu.
Penyimpanan
sel ovum belum matang dibekukan juga dilakukan bagi isteri yang didiagnosis dengan
kanser tetapi belum menjalani rawatan kemoterapi atau radioterapi, isteri yang
mempunyai sejarah keluarga menopaus awal dan isteri yang belum mahu hamil
kerana komitmen kerja.
Artikel ini disiarkan pada :
Ahad, 22 Februari 2015 @ 5:05
AM @ Hmetro.com.my
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah selesai baca? So, banyak faktor yg menyumbang kepada ketidaksuburan lelaki dan wanita ni seperti yg ditulis di atas. Saya jadi tergerak hati nak share tentang kesuburan ni kerana Shaklee untuk Promosi Bulan Julai ni adalah Bcomplex (Jimat sangat banyak ok utk 120 biji sebotol). Utk pengetahuan anda, Bcomplex Shaklee lengkap dgn kesemua jenis vitamin B & Acid Folic. Pengambilan Vitamin B-Complex terutamanya asid folik, Vitamin B6 dan B12 amatlah digalakkan sebelum berusaha mendapatkan anak. Biasanya pengambilan asid folik bersama-sama dengan vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yg boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecatan janin dan kecacatan tiub neural.
Sebenar nya ada few lagi vitamins yg kita boleh cuba amalkan utk meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita ni. Rata-rata feedback yg kita terima sgt lah memberangsangkan. Utk further info berkaitan, anda boleh hubungi saya disini 0179088812. :)
#TipsSubur
Malyn
0179088812
Shaklee Independent Distributor
'Help Your Self to Help Others'
*Till next post*
*Stay Tune*