Kenapa kita perlu suplemen? Semua harus tahu.

Balance is the key of life. A healthy life brings you happiness, insyaAllah :)
Assalamualaikum semua. Sihat? Semoga diberi kesihatan terbaik utk anda semua. InsyaAllah, AMIIINNNNN :)


Harini saya nk share 'Kenapa kita perlu supplemen?'


Apa itu supplemen? 

Produk yang dimakan dan mengandungi makanan tambahan seperti vitamin, garam galian, asid amino, dan herba serta tumbuhan. Produk-produk makanan tambahan ini biasanya dihasilkan dengan ekstrak atau pekatan daripada perahan. Supplement boleh didapati dalam bentuk tablet, pil, cecair atau serbuk. Pengambilan makanan tambahan perlu apabila seseorang itu sakit atau telah didiagnosis menghidap penyakit tertentu oleh doktor. 


Kenapa kita perlu supplemen?

1- Tubuh kita memerlukan dos vitamin yg lbh tinggi dr apa yg kita dpt dr mknn. Vitamin dr mknn tidak cukup bg pencegahan penyakit n anti penuaan

2 - Buah buahan dn sayuran yg kita beli di pasar mungkin tercemar. Penggunaan baja sintetik n racun perosak mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3 - Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. 

4 - Gangguan penyerapan zat mknn dlm tubuh berlaku akibat pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik.

5 - Amalan diet yg tidak sihat spt pengambilan kafein berlebihan, lemak, kolesterol, gula dn garam telah mengurangkan simpanan mineral dan mengganggu penyerapan mineral

6 - Gaya hidup masakini dgn kehidupan yg mencabar, sibuk dan stress menyebabkan kurang nya penjagaan diri dn akibat kan masalah kesihatan.

7 - Kurang nya penyediaan mknn sihat dirumah dn gemar mkn mknn segera yg mempunyai MSG.

8 - Persekitaran yg tercemar dn immunisasi yg lemah akibat kekurangan mineral dan vitamin telah menyebabkan diri mudah dihinggapi penyakit. 

Siapa yg memerlukan supplemen?


Supplemen ialah makanan yang diberikan kepada seseorang dalam keadaan tertentu yang diperlukan utk menampung keperluan badan, meningkatkan kekuatan, dan daya tahan seperti:-

1. Wanita hamil
Bayi dalam kandungan amat memerlukan nutrient seperti kalsium, zat besi, dan protein tambahan untuk perkembangan yang sihat. Wanita hamil digalakkan untuk mengambil asid folik sebanyak 400 mcg sehari untuk menjamin tumbesaran fetus yang seimbang. Ibu mengandung memerlukan ferum untuk membantu pembentukan system saraf pusat fetus. Alahan yang sering dialami oleh ibu-ibu mengandung menyebabkan muntah-muntah dan selera makan yang berkurangan. Pengambilan supplement dapat meminimukan risiko kekurangan nutrient.

2. Ahli sukan/ atlet
Atlet sering kehilang glukosa. Oleh itu, supplement diperlukan untuk menampung glukosa yang telah hilang. Supplement juga memulihkan tenaga dengan cepat kerana atlet perlu cepat pulih daripada keletihan semasa menyertai sesuatu pertandingan. Supplement juga mampu untuk mengekalkan kekuatan atlet pada tahap maksimum

3. Pesakit
Kanak-kanak memerlukan supplement untuk membantu tumbesaran yang sihat dan dapat merangsang perkembangan otak yang cerdas. Pengambilan minyak ikan, garam mineral, vitamin C, dan kalsium adalah penting. Terdapat pesakit yang terpaksa bergantung kepada supplement tertentu untuk terus sihat dan bertahan daripada komplikasi penyakit tertentu

4. Warga tua
Warga tua sering mengalami masalah osteoporosis, iaitu penyakit tulang rapuh. Supplement seperti kalsium diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Wanita yg mengalami menopause perlu mengambil hormone progesterone untuk mengimbangi ketidakstabilan hormone dalam badan. Warga tua yang mengalami kekurangan zat, garam mineral, kalsium, dan sebagainya juga digalakkan untuk mengambil supplement

Ini sedikit info kenapa kita perlu mkn supplemen. InsyaAllah dgn izin Allah semua nya. Kita harus usaha..! Investment utk kesihatan tidak akan pernah rugi. InsyaAllah. Mencegah lebih baik dari merawat. 

Salam Sayang,
Malyn
0179088812
Shaklee ID 908419